RAMADAN adalah tempoh yang dengan penuh kuasanya mengingatkan kita tentang intipati kehidupan. Bagi kebanyakan hayat kita, untuk sebanyak mana tahun-tahun yang dilalui, kita mengikut aliran kehidupan - kita menuju ke arah mana kehidupan ini membawa kita, kegiatan kita, diet kita, kekayaan kita, tidak semestinya ke mana kita harus bawa dan menujukan kehidupan kita.
Ramadan adalah peluang yang Allah beri untuk kita mengubah pendirian demikian. Ia menjejas tabiat kita secara baik. Ia membolehkan kita untuk melalui pengalaman baru yang kita mungkin seringkali terlupa, mengenai kelaparan, dahaga, kesakitan dan penderitaan.
Kehidupan yang seimbang dengan perspektif yang benar mengenai perkara sekeliling memerlukan kita benar-benar berasakan dan mengalami sakit sebanyak mana kegembiraan, keselesaan sebanyak mana permasalahan, ketakutan sebanyak mana kesenangan. Ramadan mempersiap diri kita untuk pengalaman sebegini.
Ia melatih kita untuk menghentikan seketika tabiat kita, mengimbas tentang keutamaan kita, menanti kesenangan dan kejayaan, mendahulukan orang lain sebelum diri kita. Ia menghidupkan semula dan membersihkan semangat kita, ia menjalinkan semula kita dengan Allah dan dengan umat lain. Justeru, mengapa seseorang itu menemui Ramadan tetapi meninggalkannya tanpa kemaafan Allah benar-benar membazirkan satu peluang keemasan.
Kesemua ini menerusi ibadah puasa pada siang hari, solat terawih pada malam hari, mengenali diri kita dengan Quran, menerusi zakat, menerusi sedekah, menerusi perkongsian makanan dengan orang lain. Inilah keindahan hadiah istimewa Allah - bulan barakah Ramadan - "atakum shahrun 'azim mubarak".
Saya mengucapkan 'Selamat Menyambut Ramadan yang barakah dan bermakna tahun ini', bulan di mana anda berupaya mendalami semangat keamanan dan salam, serta memancarkan keberkatan buat mereka di sekeliling anda. Suburkan Salam, Sebarkan Rahmah.
- Coretan Ramadan Mufti, Dr Nazirudin Nasir, di Instagram