Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai asatizah muda sedia bantu pertingkat masyarakat

Aug 21, 2019 | 05:30 AM



RAMAI asatizah muda, yang meskipun masih belajar di luar negara, prihatin tentang cabaran yang membelenggu masyarakat Melayu/Islam setempat serta isu di peringkat nasional.



Ramai juga turut sedar dengan hakikat kehidupan di negara ini dan memaparkan kesediaan memainkan peranan mereka bagi membantu meningkatkan masyarakat.



Sekumpulan asatizah muda itu meluahkan pandangan mereka selepas menghadiri satu sesi dialog bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, kelmarin.



Seramai sembilan asatizah menghadiri pertemuan tidak rasmi itu, yang merupakan sesi Dialog Bersama Asatizah ke-18 anjuran akhbar ini.



Sesi yang berlangsung di Kelab Masyarakat Tampines West turut dihadiri Editor Berita Harian/Berita Minggu (BH/BM), Encik Saat Abdul Rahman.



Pertemuan itu berusaha mewujudkan wadah bagi pemerintah, asatizah dan BH bertukar pandangan, berkongsi keprihatinan dan mengeratkan kerjasama.



Sesi kelmarin terdiri daripada lulusan pengajian Islam di luar negara, atau pelajar yang masih menuntut tetapi kini berada di Singapura untuk bekerja sambil belajar.



Seorang peserta dialog itu, Ustaz Norhakim Ibn Siddiq menyifatkan perbincangan tersebut sebagai satu sesi yang baik untuk mengeratkan hubungan antara asatizah muda dengan pemimpin.



"Pertemuan ini baik kerana dari sinilah kita dapat dengar apa yang mungkin diperlukan daripada kita sebagai asatizah, dan apakah yang boleh asatizah berikan untuk memajukan atau memberi manfaat kepada masyarakat selari dengan keperluan Singapura.



"Kita mahu lakukan sesuatu untuk masyarakat tetapi mungkin kita tak tahu apakah yang sebenarnya diperlukan," ujar Ustaz Norhakim, 24 tahun.



Beliau mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang usuluddin di Universiti Yarmouk, Jordan, dan kini mengambil ijazah sarjana muda kedua dalam bidang hadis di Universiti Islam Madinah.



Ustazah Nurjannah Shonar, 24 tahun, pula berkata sesi itu bermanfaat bagi asatizah yang baru pulang ke tanah air setelah tamat pengajian di luar negara.



"Jika kita tahu apa yang diperlukan masyarakat, kita tahu macam mana hendak mulakan tugas kita.



"Ini memberi semangat bagi kita untuk teruskan dan jangan hentikan perjuangan kita. Kita juga perlu memahami dan menerima perubahan dalam masyarakat," ujar lulusan Universiti Al-Azhar dalam bidang bahasa dan sastera bahasa Arab itu.



Seorang lagi peserta, Ustaz Khairulzaman Rahmat, 25 tahun, setuju asatizah perlu memahami tentang keadaan masyarakat sedang mereka memainkan peranan membimbing dan memupuk nilai dalam masyarakat.



"Penting untuk kita tahu apa yang berlaku di negara ini, dan apa kepentingan negara kita.



"Asatizah perlu tahu itu agar dakwah mereka lebih berkesan dan bersesuaian dengan apa masyarakat perlukan," ujar Ustaz Khairulzaman, yang kini mengambil ijazah sarjana muda di Universiti Islam Madinah.



Ustazah Umairah Yahya Bahajaj, 22 tahun, pula menghargai peluang untuk berinteraksi dengan Encik Masagos.



"Kita dapat dengar sendiri pengalaman beliau dan pandangan beliau tentang pelbagai topik yang dibincangkan," ujar pelajar psikologi Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >