Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai batal daftar motosikal bagi rebut insentif $3,500

Dec 17, 2018 | 05:30 AM



MESKIPUN pemilik motosikal lama masih mempunyai tempoh panjang sehingga April 2023 untuk membatalkan pendaftaran kenderaaan mereka, semakin ramai tampil berbuat demikian untuk menikmati insentif $3,500 yang pemerintah tawarkan.



Perangkaan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menunjukkan bahawa sehingga 26 November lalu, lebih 5,600 atau 20.7 peratus daripada sekitar 27,000 motosikal layak menikmati insentif tersebut telah dibatalkan pendaftarannya.



"Respons terhadap skim insentif ini menggalakkan kerana kadar pembatalan pendaftaran motosikal sedemikian setiap minggu adalah sekitar empat kali ganda lebih tinggi daripada kadar pembatalan sebelum skim ini diperkenal,'' kata seorang jurucakap NEA.



Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan Berita Harian (BH) mengenai respons dan bilangan terkini motosikal yang telah dibatalkan pendaftarannya sejak skim insentif itu diumumkan pelaksanaannya 6 April lalu.



Di bawah peraturan baru itu, pemilik motosikal dan skuter lama yang mengeluarkan lebih pencemaran boleh meraih wang tunai sehingga $3,500 jika motosikal mereka mempunyai Sijil Hak Memiliki Kenderaan (COE) sehingga 6 April lalu dan membatalkan pendaftarannya pada atau sebelum 5 April 2023.



Motosikal mereka juga hendaklah telah didaftarkan sebelum Julai 2003.



Namun, golongan pemilik motosikal sedemikian yang memperbaharui COE kenderaan pada atau sebelum 7 April lalu, perlu membatalkan pendaftaran sebelum atau pada 1 Julai 2028.



Ini bermakna motosikal yang telah dikenal pasti menyumbang kepada pencemaran udara tidak lagi dibenarkan di jalan-jalan raya di sini selepas Julai 2028.



NEA sebelum ini menyatakan bahawa langkah mengetatkan piawaian pengeluaran asap bagi motosikal lama itu bertujuan mengurangkan pencemaran dan sekali gus meningkatkan mutu udara setempat.



"Semua pemilik motosikal yang didaftarkan sebelum 1 Julai 2003 layak untuk insentif ini, jika motosikal mereka mempunyai COE 10 tahun yang sah pada 6 April 2018, dan didaftarkan pada atau sebelum 5 April 2023.



"Selepas 30 Jun 2028, semua motosikal berdaftar sebelum 1 Julai 2003 tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di jalan raya di Singapura.



"Pada masa itu, motosikal terbaru dalam kumpulan ini sudah berusia sekurangkurangnya 25 tahun,'' jelas jurucakap NEA.



Motosikal membentuk kurang 15 peratus daripada keseluruhan 961,842 kenderaan di Singapura.



Seorang pemilik skuter Vespa, Encik Mohamed Salleh, 60 tahun, warga Singapura yang menetap di Perling, Johor, menyatakan beliau telah beberapa kali diberi amaran kerana skuternya mengeluarkan asap tebal setiap kali melintas Pusat Pemeriksaan Woodlands.



"Saya baru belanjakan $500 bagi baik pulih piston enjin skuter saya yang bermasalah itu. Saya ingat nak terus pakai sehingga dibatalkan pendaftarannya pada 2023 dan kaup $3,500 tetapi ada pula orang nak beli dan tawarkan $5,000.



"Saya terus jual skuter saya yang boleh digunakan lagi empat tahun itu,'' tambah pesara yang telah membeli motosikal empat lejang berharga $2,000 yang ada COE lagi dua tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >