Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai beratur dapatkan ujian swab di OTH

May 21, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai beratur untuk menjalani ujian swab Covid-19 di pusat dan klinik serata negara, termasuk di Our Tampines Hub, dalam beberapa hari lalu.



Ada yang menerima SMS mereka mungkin telah terdedah kepada kes Covid-19 yang telah mengunjungi Jem, Westgate dan White Sands.



Our Tampines Hub menubuhkan tapak pemeriksaan swab kelmarin setelah Kementerian Kesihatan (MOH) meminta semua kakitangan, penyedia khidmat dan kakitangan penyewa di pusat itu untuk diuji memandangkan kes Covid-19 yang berpotensi meningkat.



Malam kelmarin, Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) berkata tiga lagi banduan, yang bekerja di dapur penjara sama di Kompleks Penjara Changi dengan seorang kes Covid-19 sebelum ini, telah diuji positif.



Tiga banduan itu, berusia 56 tahun, 46 tahun, dan 28 tahun, dikaitkan dengan seorang pekerja makanan Sats Food Services, dikenali sebagai Kes 63160, yang juga bekerja di dapur di Institusi A5, dan diuji positif pada 13 Mei, kata SPS dalam satu kenyataan.



SPS berkata tiada petanda bahawa virus itu telah menyebar di luar dapur penjara tersebut.



Badan itu telah menjalankan ujian ke atas 5,000 banduan, kakitangan dan vendor daripada Kelompok A, dan ujian tersebut telah memberi keputusan negatif.



Dalam pada itu, semua pegawai Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) yang bekerja dalam pejabat sama dengan rakan kerja mereka yang positif Covid-19, akan diuji minggu ini sebagai langkah berjaga-jaga.



Semua rakan kerja yang telah dikenal pasti sebagai kenalan rapat pegawai itu telah diberi arahan kuarantin, kata seorang jurucakap ISD kelmarin.



Kerja pembersihan juga telah dijalankan di pejabat tersebut.



Wanita itu kali terakhir bertugas pada Jumaat lalu, kata ISD.



Beliau, yang berusia 57 tahun, diuji positif setelah menjalani ujian antigen pantas di sebuah klinik perubatan umum pada Ahad lalu, dan positif juga apabila menjalani ujian reaksi rantai polimerase (PCR) pada keesokan harinya.



Beliau telah ke klinik setelah mengalami batuk pada Khamis lalu dan hilang deria bau pada Jumaat lalu.



Wanita itu juga didapati positif bagi varian B1617 yang kali pertama dikenal pasti di India.



Jangkitannya tidak dikaitkan dengan kelompok jangkitan setempat setakat ini.



Bagaimanapun, MOH pada hari Selasa berkata salah seorang anggota keluarganya, seorang lelaki berusia 59 tahun yang bekerja sebagai perancang kewangan di Great Eastern, juga diuji positif bagi varian virus B1617.



Kedua-duanya telah mendapat suntikan pertama vaksin Covid-19 pada 8 Mei.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >