Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai beratur panjang bagi dapatkan iPhone terbaru

Sep 22, 2018 | 05:30 AM



SEJAK pagi Rabu lalu, orang sudah mula beratur di gedung Courts Orchard, semata-mata bagi memastikan mereka antara yang pertama dapat membeli model terbaru iPhone, iaitu iPhone Xs dan iPhone Xs Max, yang mula dijual semalam.



Namun, bukan Courts Orchard sahaja berdepan dengan 'mabuk' model iPhone itu.



Ratusan orang berkumpul di hadapan gedung Apple di Orchard Road kelmarin, sehari sebelum model iPhone terkini dilancarkan pada 8 pagi semalam.



Namun, setiap orang hanya boleh membeli paling banyak, dua telefon.



Mereka diberi gelang tangan yang mengizinkan mereka meninggalkan barisan beratur tetapi mereka perlu pulang dalam masa 30 minit supaya dapat mengekalkan tempat mereka dalam barisan itu.



Yang pertama dalam barisan adalah Encik Le Thang, 20 tahun, yang terbang dari Vietnam ke Singapura semata-mata untuk beratur bagi pelancaran iPhone.



Beliau tiba di kedai pada 6 pagi kelmarin dan berkata beliau merancang membeli dua iPhone XS Max, satu untuk beliau dan lagi satu untuk rakannya.



"Setiap tahun saya beratur untuk iPhone tetapi ini merupakan kali pertama saya nombor satu (dalam barisan). Saya amat gembira," ujar pelajar itu yang pulang ke tanah air malam semalam.



Kakak beliau, Cik To Phuong, 28 tahun, adalah yang kedua di barisan.



Beliau telah tiba di Singapura pagi kelmarin dan turut serta dalam barisan tersebut bersama bagasi sekali, untuk mendapat dua iPhone XS Max bagi dirinya dan ibu beliau.



Harga iPhone XS adalah $1,649 (64GB), $1,889 (256GB, versi diuji) dan $2,199 (512GB), manakala iPhone XS Max dijual pada harga $1,799 (64GB), $2,039 (256GB, versi diuji) dan $2,349 (512GB).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >