AKAUN media sosial Berita Harian (BH) dibanjiri ucapan agar 'cepat sembuh' kepada cef selebriti Cef Amri Abdul Azim setelah akhbar ini melaporkan kelmarin tentang beliau diserang angin ahmar dan kededua restorannya ditutup.
Semasa dihubungi semalam, Cef Amri mengucapkan terima kasih bagi ucapan dan sokongan bertali arus itu, dan bagi laporan yang disiarkan.