Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Ramai faham keadaan orang buta, walau ada kurang sensitif

Pengalaman seorang cacat penglihatan ahli orkestra inklusif terbesar Singapura, Purple Symphony
Nov 06, 2020 | 05:30 AM



KEBUTAAN Cik Siti Sakinah Zainal mencelikkan beliau kepada baik dan buruk manusia.



Meskipun banyak pengalaman positifnya bersama orang di sekeliling yang peduli dan baik hati, terdapat juga segelintir manusia yang ditemuinya yang tidak buta mata namun buta hati, ujar beliau.



Menceritakan pengalamannya dilontar komen kurang sopan, Cik Sakinah, 24 tahun, yang buta sejak bayi, berkata beliau tiada masalah jika ditanya tentang keadaannya, tetapi ada pertanyaan melampaui batas.



"Ada seseorang pernah bertanya mengapa mata saya tidak boleh fokus pada dirinya. Saya pun tak terkata apa," kata Cik Sakinah, yang berkata orang itu pernah juga memberitahunya supaya jangan membuat orang lain di sekelilingnya berasa kurang selesa.



"Saya tidak akan lupakan kata-kata itu. Saya tak faham macam mana seorang yang mempunyai daya fikiran sempurna boleh mengutarakan kata-kata seperti itu," ujar beliau.



Namun, Cik Sakinah, yang bertugas dalam bahagian sumber manusia, akur ramai lagi orang yang baik hati dan memahami keadaannya, termasuk bos dan rakan setugasnmya.



"Semua orang sangat memahami... bos saya terutamanya. Beliau betul-betul menjaga saya melebihi apa yang biasa dilakukan seorang bos.



"Kadang-kadang saya rasa segan juga," katanya lalu tertawa.



Memberi contoh, Cik Sakinah berkata ada kala bosnya bukan membelikannya sandwic sahaja, malah membuka bungkusan sandwic itu untuknya.



"Saya boleh buka sendiri, tapi beliau akan melakukannya untuk saya walaupun saya tak suruh. Saya rasa itu perbuatan yang sangat menyentuh hati," ujar beliau, tersenyum.



Orang ramai yang ditemuinya juga menghulurkan bantuan, terutama apabila beliau dalam keadaan lebih membahayakan, seperti membantunya menyeberang jalan raya dari rumah ke stesen MRT, kata Cik Sakinah.



Lulusan diploma pengurusan perniagaan daripada Politeknik Nanyang (NYP) ini juga berminat bermain piano, dan baru-baru ini membuat persembahan bersama Purple Symphony - orkestra inklusif terbesar Singapura - di acara The Purple Parade.



The Purple Parade ialah pergerakan terbesar di Singapura bagi menyokong penyertaan golongan kurang upaya (PWD) dan meraikan kemampuan mereka.



Cik Sakinah, yang belajar bermain piano melalui pendengaran, memainkan lagu Semoga Bahagia,What a Wonderful World dan Sing a Song di acara tersebut yang disiarkan dalam talian pada 31 Oktober lalu.



Acara tahunan yang diadakan sejak 2013 itu biasanya melibatkan perarakan dan pesta di Hong Lim Park dan Suntec City.



Namun, tahun ini disebabkan pandemik Covid-19, penganjur memindahkan acara itu ke dalam talian.



Lebih 2,600 rakyat Singapura, termasuk Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, berikrar dalam montaj video yang ditayangkan semalam untuk menyokong penyertaan dan meraikan kemampuan PWD.



Acara sedemikian penting kerana ia meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pentingnya inklusiviti, kata Cik Sakinah.



"Inklusiviti penting agar kita semua diberi peluang saksama untuk hidup seperti orang lain, dapatkan wang sendiri dan pergi ke mana sahaja, sama seperti anda semua.



"Kami melakukan perkara dengan cara kami sendiri tapi tugas tersebut tetap dilakukan. Kebutaan hanya satu deria yang hilang daripada kita, tapi kita gantikannya dengan deria lain," ujarnya.



"Sebenarnya, saya sangat bersyukur yang saya buta... kadang-kadang saya rasa ia satu kelebihan sebab awak lihat sahaja dunia hari ini, kadang-kadang sedih sangat, mungkin bukan di Singapura tetapi di negara lain.



"Awak nampak orang kena bom dan awak terfikir kenapa orang tergamak buat benda-benda begitu, dan pada saya, saya tak nak tengok perkara ini.



"Jadi dari segi itu, saya bersyukur saya tak dapat melihat," ujar Cik Sakinah, yang peramah dan lembut tutur katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >