Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai jadi radikal berusia bawah 30 tahun: DPM Teo

Jun 15, 2017 | 05:30 AM



KEBANYAKAN rakyat Singapura yang terpengaruh dengan fahaman radikal berusia bawah 30 tahun, kata Pemangku Perdana Menteri Teo Chee Hean, sekali gus menggambarkan mudahnya golongan muda terdedah kepada ideologi pelampau yang dikongsi secara online.



Encik Teo, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, menarik perhatian bahawa lima daripada belia yang ditangkap telah menjadi radikal ketika mereka belasan tahun.



Sejumlah 15 individu telah ditangkap atau dikenakan perintah larangan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) setakat ini.



Justeru, bimbingan keluarga dan rakan adalah penting bagi menangani pengaruh fahaman radikal, terutama dalam kalangan belia, ujar beliau.



"Kita perlu mengajar orang kita, terutama belia, supaya merujuk kepada imam dan asatizah yang diiktiraf Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS), jika mempunyai soalan berkenaan Islam, bukan kepada Internet," kata Encik Teo, yang berkata Singapura sedang berdepan dengan ancaman pengganasan tertinggi sejak 2001.



Beliau berkata demikian dalam ucapannya di majlis iftar di Masjid Khadijah semalam. Turut hadir ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Dr Yaacob Ibrahim, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang K. Shanmugam dan Mufti Singapura Ustaz Dr Mohamad Fatris Bakaram.



Dianjurkan bersama oleh Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG), majlis tahunan itu juga disertai pemimpin lima agama utama lain - Anglikan, Katolik, Hindu, Buddha dan Tao.



Bercakap kepada wartawan, Dr Yaacob pula menekankan peranan penting yang dimainkan RRG, menangani masalah radikalisme sejak ia ditubuhkan sekitar 14 tahun lalu.



Namun, matlamat itu memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk keluarga," katanya.



"Saya faham adalah sukar bagi keluarga tampil dan membuat laporan, tetapi mereka tidak perlu berasa malu berbuat demikian.



"Mereka membantu bukan sahaja orang yang disayangi, malah keluarga, masyarakat, negara dan agama," kata Dr Yaacob, yang menambah bahawa Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dengan bantuan RRG berhasrat mempertingkat usaha mendekati dan membantu golongan belia.



Awal bulan ini, Syaikhah Izzah Zahrah Al Ansari, 22 tahun, ditangkap di bawah ISA kerana radikalisme.



Penolong penjaga bayi di tajaka PCF Sparkletots itu mula menjadi radikal pada 2014 dan merancang menyertai ISIS di Syria.



Dalam pada itu, Encik Teo turut menekankan tiga teras kepercayaan dan keyakinan di Singapura - agensi keselamatan, masyarakat Muslim yang menentang fahaman radikal dan sifat eksklusif, serta perpaduan antara kaum yang mengamalkan agama masing-masing dalam konteks masyarakat berbilang agama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >