Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai kunjungi Little India jelang Deepavali

Nov 04, 2021 | 05:30 AM



ORANG ramai dilihat menyeberang Serangoon Road berhampiran Campbell Lane semalam, sekitar dua jam sebelum laluan seberang jalan berlampu isyarat itu ditutup kepada pejalan kaki.



Laluan tersebut ditutup dari 6 petang semalam hingga 2 pagi tadi, sebahagian langkah pengurusan selamat yang dilaksanakan di kawasan Little India menjelang perayaan Deepavali.



Semasa mengumumkan langkah tersebut, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) berkata pejalan kaki akan dialihkan ke dua bahagian jalan raya lain di Sungei Road dan Dunlop Street untuk menyeberang jalan raya supaya orang tidak berkerumun di satu tempat semasa waktu sibuk.



Awal minggu ini, polis juga mengeluarkan nasihat kepada pemandu supaya mengelak memasuki Serangoon Road dalam tempoh ini.



Ia berkata pegawai polis tambahan akan dikerahkan ke sana untuk mengarahkan trafik di jalan raya yang terjejas dan tindakan penguatkuasaan tegas akan diambil ke atas pemandu yang memandu kenderaan di tempat yang dilarang.



Pihak awam juga diminta berwaspada dan menjaga barang peribadi untuk mengelak jenayah berlaku.




  • Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengucapkan Selamat Deepavali kepada semua penganut agama Hindu

  • Berita Harian juga mengucapkan Selamat Deepavali kepada penganut agama Hindu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >