Kesihatan mental dalam kalangan pekerja semakin mendapat perhatian sedang tekanan di tempat kerja semakin meningkat, apatah lagi di tengah-tengah sektor perniagaan yang semakin sengit. Sempena 'Hari Kesihatan Mental Sedunia' yang baru berlalu, ATIYYAH MOHD SAID (atiyyahm@sph.com.sg) menyingkap isu tersebut di dua halaman berikut.
LEBIH ramai pekerja yang mengalami masalah kesihatan mental seperti kemurungan kini mendapatkan bantuan, menurut badan dan persatuan yang tertumpu kepada bantuan dan sokongan kesihatan mental.