RAMAI pekerja sektor awam menganggap bonus khas sebanyak $500 sempena sambutan Jubli Emas Singapura (SG50) sebagai satu kejutan manis yang mengiktiraf sumbangan mereka kepada pembangunan negara.
Namun, beberapa rakyat Singapura lain berharap bonus itu akan turut diperluaskan kepada sektor swasta memandangkan SG50 merupakan sambutan peringkat nasional.