Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai pelanggan ke TKC, Joo Chiat tapi...

May 07, 2021 | 05:30 AM



PENJUALAN di Tanjong Katong Complex (TKC) dan Joo Chiat Complex tidak begitu rancak biarpun pelanggan ramai mengunjungi pusat beli-belah itu, menurut beberapa peniaga di sana.



Pemilik By Harmoni dan Modestly, Cik Siti Aisyah Ahmad misalnya, tidak dapat duduk diam sejak Sabtu dan Ahad lalu.



Ramai yang datang ke dua kedainya untuk meninjau tudung dan pakaian yang dijualnya.



Keadaan sesak di TKC dan Joo Chiat Complex itu memang dijangkakan kerana tinggal beberapa hari lagi menjelang Lebaran.



Namun peniaga di situ berkata kuasa membeli masih terjejas ekoran Covid-19.



Cik Aidah Tahir, pemilik Aidah Bridal & Boutique di Joo Chiat Complex dan Cik Maimunah Ali, pemilik butik Mona J di Golden Landmark akur bahawa penjualan masih lemah.



"Orang yang berkunjung memang ramai pada hujung minggu tetapi dari segi perbelanjaan, mereka agak konservatif. Bilangan orang yang datang ramai tetapi perbelanjaan setiap pelanggan merosot,'' kata Cik Aisyah.



Kebanyakan pelanggannya merupakan wanita yang bekerja dan mereka membeli secara purata dua tudung dan membelanjakan sekitar $60-$70.



Tidak seperti zaman sebelum Covid-19, mereka lebih rancak berbelanja dan boleh membeli sehingga empat helai tudung. 



LAPORAN LANJUT: Tak 'berbelanja sakan', penjualan peniaga terjejas




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >