Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

TINJAUAN SAMPEL ISI RUMAH HDB 2018

Ramai pemilik flat HDB puas hati dengan flat, kejiranan, kemudahan

Kajian tunjukkan bilangan isi rumah yang berpuas hati dengan flat mereka meningkat kepada 93.2% pada 2018, berbanding 91.6% pada 2013
HDB
Feb 15, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 90 peratus isi rumah HDB berpuas hati dengan flat, kejiranan dan kemudahan di estet masing-masing, mengikut satu tinjauan yang dilakukan agensi perumahan itu.



Malah, bilangan isi rumah yang berpuas hati dengan flat mereka telah meningkat kepada 93.2 peratus pada 2018, berbanding 91.6 peratus pada 2013.



Namun, bilangan isi rumah yang berpuas hati dengan flat mereka pada 2018 ini masih lebih rendah beranding 96.4 peratus isi rumah yang berpuas hati dengan flat mereka pada 2008.



Tinjauan Sampel Isi Rumah 2018 itu dilakukan oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) setiap lima tahun untuk mengumpul maklum balas dan mengenal pasti trend baru dalam perumahan awam.



Ia melibatkan hampir 8,000 isi rumah di semua bandar dan estet HDB yang diwawancara antara Januari dengan September 2018.



Walaupun bilangan penduduk yang berpuas hati dengan flat mereka pada 2018 tidak menandingi bilangan 96.4 peratus yang berpuas hati pada 2008, HDB, dalam kenyataannya, berkata kepuasaan isi rumah adalah tinggi bagi semua jenis flat.



Ia berkata pemilik flat berkongsi mereka puas hati dengan desain flat mereka.



Sebaliknya, isi rumah yang kurang berpuas hati dengan flat mereka telah berdepan dengan isu-isu seperti konkrit yang terkopak dan siling bocor, yang biasanya berlaku di flat lebih lama, kata HDB.



"HDB akan terus membantu pemilik flat menangani isu-isu penyenggaraan berhubung flat-flat lebih lama menerusi Program Peningkatan Rumah (HIP) dan skim Bantuan Pembaikan Bersama (GRA)," kata HDB dalam kenyataannya.



Lebih ramai penduduk, atau 95.3 peratus, juga berpuas hati dengan kejiranan mereka pada 2018, termasuk keterhubungannya dengan kemudahan awam dan komersial.



Ini lebih tinggi berbanding kadar kepuasaan pada 2013 - iaitu 92 peratus, dan pada 2008, iaitu 95.1 peratus.



Menurut HDB, penduduk berpuas hati dengan lokasi, adanya jiran yang mesra serta sekitaran yang aman.



Majoriti penduduk pula, atau 84.1 peratus, berpuas hati dengan masa yang diperlukan untuk berulang-alik ke tempat kerja.



"Sentimen sedemikian menggariskan keselesaan yang dirasai penduduk di bandar HDB yang memenuhi keperluan penduduk, dengan kemudahan yang disediakan bagi keperluan harian penduduk di peringkat bandar, kejiranan dan kawasan perumahan," kata HDB.



"Prasarana pengangkutan yang menyeluruh dan rangkaian laluan bagi pejalan kaki di bandar-bandar HDB juga membantu penduduk ke sana-sini dalam bandar dan ke tempat lain di Singapura."



Dalam pada itu, bilangan isi rumah HDB yang berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan telah meningkat daripada 94.4 peratus pada 2008 kepada 98.6 peratus pada 2018.



Kemudahan ini termasuk tempat beli belah, pasar, pusat pendidikan, tempat makan, tempat riadah dan bersukan serta pengangkutan.



Malah, 97.9 peratus penduduk berpuas hati dengan kemudahan beli-belah dan runcit yang disediakan.



Secara keseluruhan hampir 70 peratus penduduk meluangkan masa di pusat beli-belah dan di kedai kopi.



"Kedai kopi berkhidmat sebagai tempat sosial yang baik bagi penduduk, terutama yang lebih berusia, untuk bergaul dan menjalin hubungan dengan rakan dan keluarga semasa makan," kata HDB.



Menurut HDB, kemudahan komersial seperti pusat penjaja dan pasar raya kekal sebagai kemudahan yang paling banyak digunakan, tetapi bilangan penduduk yang ke tempat-tempat tersebut sekurang-kurangnya seminggu sekali telah merosot.




Kajian tunjukkan bilangan isi rumah yang berpuas hati dengan flat mereka meningkat kepada 93.2% pada 2018, berbanding 91.6% pada 2013




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >