Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai penumpang puas hati dengan khidmat pengangkutan awam: Tinjauan

Feb 03, 2021 | 05:30 AM



KEBANYAKAN penumpang mendapati perkhidmatan pengangkutan awam Singapura bertambah baik dengan ramai tidak mempunyai terlalu banyak aduan terhadap perkhidmatan MRT dan bas di sini.



Demikian menurut Tinjauan Kepuasan Penumpang Pengangkutan Awam oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC) yang dijalankan antara Oktober dengan November tahun lalu.



Menurut tinjauan tersebut, sekitar 97.6 peratus penumpang tidak membuat terlalu banyak aduan, manakala tiga dalam empat individu berkata perkhidmatan berkenaan bertambah baik sejak 2019.



Namun bilangan penumpang yang berpuas hati dengan perkhidmatan pengangkutan awam Singapura tahun lalu berkurangan berbanding 2019.



Seramai 4,110 individu telah menyertai tinjauan itu yang bertujuan memahami keperluan penumpang serta mengenal pasti aspek perkhidmatan yang perlu dipertingkat.



Keputusan tinjauan yang diumumkan semalam mendapati tahap kepuasan terhadap pengangkutan awam di sini kekal konsisten berbanding markah yang dicatatkan sejak empat tahun lalu, meskipun terdapat hambatan ekoran pandemik koronavirus.



Secara keseluruhan, tahap kepuasan terhadap pengangkutan awam di Singapura pada 2020 mencatatkan purata 7.8 mata - iaitu markah yang sama berbanding 2019.



"Penumpang terus berasa puas hati terhadap pengangkutan awam pada 2020... meskipun bilangan penumpang yang memberi markah enam mata ke atas, merosot daripada 99.4 peratus pada 2019 kepada 97.6 peratus pada 2020," kata PTC dalam kenyataannya semalam.



Mereka yang memberi markah enam ke atas dianggap berasa puas hati terhadap sistem pengangkutan awam di Singapura.



Setiap peserta dalam tinjauan itu perlu memberi penilaian terhadap lapan kategori perkhidmatan pengangkutan awam bas dan MRT, seperti aspek keselamatan, masa menunggu, kebolehpercayaan perkhidmatan, maklumat perkhidmatan, kemudahan akses kepada stesen MRT/perhentian bas/pusat penukaran bas, keselesaan, masa perjalanan dan khidmat bagi pelanggan.



Keputusan tinjauan itu mendapati tahap kepuasan bagi khidmat MRT naik daripada purata 7.7 mata pada 2019 kepada 7.9 pada 2020.



Manakala markah bagi khidmat bas turun kepada purata 7.8 mata tahun lalu berbanding 7.9 pada 2019.



Menurut PTC, aspek keselamatan khidmat MRT bertambah baik dengan ketara daripada 7.7 mata pada 2019 kepada 8.3 tahun lalu.



PTC berkata, perubahan itu boleh dikaitkan dengan adanya kakitangan serta duta pengangkutan awam yang dikerah untuk memudahkan pergerakan penumpang dalam stesen MRT.



Bagi khidmat bas pula, masa menunggu lebih lama menyaksikan tahap kepuasan terhadap aspek itu turun satu mata daripada 8.0 pada 2019, kepada 7.0 pada 2020.



PTC berkata, ini boleh dikaitkan dengan perkhidmatan bas yang dikurangkan bagi menyesuaikannya dengan permintaan yang berkurangan ekoran pandemik Covid-19.



Meskipun demikian, ini diimbangi dengan tahap kepuasan secara purata bagi kemudahan akses ke pusat pertukaran bas atau perhentian bas - naik 0.5 mata daripada 7.5 dua tahun lalu, kepada 8.0 pada 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >