Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai percaya keberkesanan langkah pengurusan selamat

Dec 03, 2021 | 05:30 AM



MAJORITI warga Singapura terus percaya akan keberkesanan langkah pengurusan selamat (SMM) dalam mengekang penularan Covid-19.



Sekitar sembilan dalam 10 mereka yang ditinjau percaya bahawa memakai pelitup, menjaga jarak selamat dan mendapatkan vaksin penggalak membantu mengurangkan risiko dijangkiti virus tersebut dan menjangkiti orang lain.



Bagaimanapun, terdapat sekitar suku warga Singapura yang berasa SMM yang dilaksanakan adalah menyusahkan, dan lebih ramai mengalu-alukan pengurangan sekatan sedang dunia belajar hidup dengan Covid-19.



Membentangkan antara hasil dapatan daripada kertas kerja Institut Kajian Dasar (IPS), 'Hidup dengan Covid-19 di Singapura: Sikap, Cabaran dan Cara Ke Hadapan' semalam, Felo Penyelidik Utama dan Ketua Makmal Sosial IPS, Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr Mathew Mathews berkata:



"Mereka yang lebih muda dan kaya dilihat lebih bersemangat dan bersedia untuk kehidupan endemik berbanding mereka yang lebih tua dan miskin.



"Ini memang sudah dijangka...kerana kita tahu daripada sains bahawa mereka yang lebih tua mungkin akan terjejas lebih teruk (oleh Covid-19)."



Kertas kajian itu juga mendapati lebih ramai yang ditinjau berasa lebih yakin melakukan kegiatan sosial semula meskipun dengan bilangan kes jangkitan yang tinggi.



Ini boleh mencadangkan perubahan sikap dalam kalangan penduduk dan warga Singapura juga mungkin tidak lagi terlalu risau akan gelombang jangkitan baru Covid-19 kerana mereka sudah divaksinasi, menurut kertas tersebut.



Lebih separuh responden berkata orang ramai patut dibenarkan tidak memakai pelitup di kawasan terbuka atau tidak ramai orang, jumlah yang serupa bagi mereka yang berkata orang ramai patut dibenarkan berjumpa dan bergaul dalam kumpulan lebih besar.



Dalam pada itu, hampir 70 peratus mereka yang ditinjau berpendapat pemerintah patut mewajibkan vaksinasi bagi semua warga Singapura dan penduduk jangka panjang, sementara lebih 90 peratus mereka berasa vaksin penggalak tahunan penting diambil.



Sekitar 62 peratus pula rasa gembira akan adanya langkah berbeza bagi orang yang divaksinasi dan tidak divaksinasi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >