KESESAKAN di koswe, cuaca yang tidak menentu sehingga menyebabkan bencana di beberapa negara, serta kos tambang pesawat yang tinggi membuat sesetengah penduduk setempat memilih untuk menghabiskan masa berlibur di beberapa tarikan dalam negara.
Tempat-tempat tarikan seperti muzium, Taman Haiwan Singapura, Taman Burung, Taman di Persisiran dan Marina Bay Sands jelas menjadi tumpuan ramai penduduk setempat yang memilih untuk tidak bercuti ke luar negara sempena hujung tahun ini.