Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai rakyat S'pura prihatin kenaikan harga air, tetapi kini lebih ramai sokong selepas fahami sebab: Reach

Mar 22, 2017 | 03:29 PM



RAKYAT Singapura yang ditinjau unit maklum balas pemerintah, Reach, menyokong kuat langkah-langkah dalam Belanjawan tahun ini dari segi menghulurkan bantuan berhubung perumahan, sokongan sosial dan pekerjaan, tetapi ramai tidak setuju dengan kenaikan harga air.



Dalam kenyataan media pada Rabu (22 Mac), Reach menyatakan secara keseluruhan, 52 peratus daripada 1,111 rakyat yang ditinjau menyokong inisiatif yang diumumkan dalam Bajet, dengan lebih daripada dua pertiga menyokong pelbagai langkah.



Namun kenaikan harga menjadi keprihatinan.



Reach mendapati 43 peratus yang ditinjau tidak bersetuju dengan kenaikan yang akan berlaku, yang bertujuan membiayai kos lebih tinggi pengeluaran air dan menggalakkan penjimatan air. Hanya 32 peratus bersetuju, manakala 24 peratus menyatakan mereka neutral.



"Keputusan menunjukkan rakyat Singapura sebahagian besarnya menyambut baik langkah-langkah sosial dalam Bajet 2017, khususnya inisiatif membantu keluarga dengan kos membesarkan keluarga," kata Pengerusi Reach Sam Tan.



"Kami juga mendengar cadangan beberapa rakyat Singapura supaya membaiki komunikasi mengenai kenaikan harga air, dan melakukan lebih banyak pendidikan supaya semua orang secara kolektif faham perlunya menjimatkan air," tambah Encik Tan, yang juga Menteri Negara di Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Tenaga Manusia.



Harga air akan naik sebanyak 30 peratus dalam tempoh dua tahun, tetapi sebahagian besar isi rumah HDB akan mendapat rebat tambahan yang akan melihat bil bulanan naik dengan kurang daripada $12, dan tiada kenaikan bagi flat kecil.



Reach menyatakan ramai rakyat Singapura Listening Points - kios maklum balas bagi orang ramai mengetahui lebih lanjut dasar dan isu-isu nasional dan memberi pandangan mereka - telah menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kenaikan harga air.



Tetapi, tambahnya, selepas pelbagai agensi dan pemegang jawatan politik menjelaskan sebab di sebalik langkah itu, lebih ramai orang di kios itu berkata pada akhir Februari dan Mac bahawa mereka menyokong kenaikana tersebut.



"Mereka memahami rasional di sebalik langkah itu dan menerima hakikat bahawa air adalah penting nagi penakatan negara kita dan harus mengenakan harga sewajarnya," kata Reach dalam kenyataannya.



Encik Tan menambah: "Kami memahami keprihatinan rakyat Singapura."



Beliau berkata, terdapat langkah-langkah membantu isi rumah menghadapi kenaikan kos melalui tambahan U-Save rebat. Ini bermakna bahawa isi rumah HDB satu dan dua bilik tidak akan melihat sebarang peningkatan secara purata, manakala bil bagi isi rumah HDB lain akan naik sebanyak $2 kepada $ 11 sebulan.



Reach menjalankan tinjauan telefon untuk mengukur reaksi terhadap Bajet setiap tahun. Tahun ini, latihan telah dijalankan dari 22 Feb hingga 3 Mac, selepas Bajet diumumkan pada 20 Feb dan melibatkan 1,111 rakyat yang dipilih secara rawak yang berumur 20 dan ke atas. Sampel rakyat mengambil kira jantina, umur dan bangsa supaya ia bersifat mewakili.



Sokongan kuat diterima bagi langkah-langkah membantu keluarga, membina masyarakat inklusif.



Inisiatif lain diumumkan pada Bajet diterima baik oleh rakyat Singapura.



Kira-kira lapan dalam 10 responden bersetuju bahawa langkah meningkatkan dermasiswa pendidikan posmenengah akan lebih baik menyokong isi rumah berpendapatan rendah dan sederhana.



Tujuh daripada 10 percaya kenaikan Geran CPF Perumahan bagi pasangan membeli flat jual semula pertama mereka akan menyediakan sokongan ketara kepada keluarga muda. Had geran sebelum ini ialah $30,000 tetapi ditingkat kepada $50,000 untuk pembeli kali pertama yang membeli flat empat bilik atau lebih kecil daripada pasaran jualan semula, dan $40,000 bagi mereka yang membeli flat lima bilik atau lebih besar.



Dua pertiga daripada mereka yang ditinjau juga bersetuju bahawa peningkatan dalam bilangan tempat penjagaan bayi akan menjadikan Singapura tempat yang lebih kondusif untuk membina keluarga. Akan ada kira-kira 1,000 tempat penjagaan bayi pada 2020 untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat.



Dan 72 peratus bersetuju bahawa Pelan Induk ketiga, peta jalan untuk perkhidmatan kurang upaya mulai tahun ini hingga 2021, akan membantu orang kurang upaya yang mengintegrasikan dengan lebih baik ke dalam tenaga kerja dan masyarakat.



Bantuan pekerjaan juga mendapat sokongan baik.



Sebanyak 66 peratus daripada mereka yang ditinjau bersetuju bahawa sebarang tambahan kepada inisiatif suai dan berkembang, yang bertujuan membantu rakyat Singapura menyesuaikan diri dengan perubahan permintaan dan mengembangkan kemahiran mereka, serta sokongan latihan lain di bawah SkillsFuture akan membantu mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih baik kepada rakyat Singapura.



Dan 58 peratus bersetuju bahawa skim kredit pekerjaan khas tambahan yang dilanjutkan sehingga akhir 2019 akan menggalakkan majikan terus mengambil pekerja lebih tua. Di bawah skim ini, majikan menerima ofset gaji sehingga 3 peratus bagi pekerja yang bergaji kurang daripada $4,000 sebulan.



Mr Tan berkata, hasil tinjauan juga menunjukkan rakyat Singapura sebahagian besarnya menyambut baik langkah-langkah sosial dalam Bajet tahun ini,khususnya inisiatif membantu keluarga dengan kosmembina keluarga.



"Membina masyarakat inklusif adalah satu usaha berterusan," kata Encik Tan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >