Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai sokong perubahan pada Piagam Wanita tapi...

Dec 08, 2015 | 05:31 AM



SEMENTARA ramai menyokong perubahan yang disarankan pada Piagam Wanita, seperti menjadikan kahwin kontrak tidak sah, terdapat pandangan yang bercampur-campur mengenai menyediakan nafkah kepada bekas suami yang tidak berupaya disebabkan kecacatan.


Ada yang merasakan bahawa "ia satu langkah ke arah yang penting", sementara ada pula merasakan lelaki merupakan pencari nafkah keluarga tradisional dan masyarakat belum bersedia menerima bahawa wanita juga mempunyai tanggungjawab yang sama seperti lelaki untuk menyokong pasangan atau bekas pasangan mereka, kata Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF), semalam.


"MSF telah menilaikan bahawa buat masa ini, saranan menyediakan nafkah kepada lelaki tidak berupaya yang tidak boleh bekerja dan menjaga diri mereka sendiri adalah sesuai bagi kedua-dua lelaki dan wanita," kata kementerian itu.


MSF menerima sekitar 260 maklum balas sedemikian daripada orang ramai mengenai perubahan pada Piagam Wanita, yang dilaksanakan pada 1961 untuk melindungi wanita dan mengurus tadbir perkahwinan dan perceraian di Singapura.


Piagam itu kali terakhir diubah pada 2011 demi memastikan perintah penyenggaraan dikuatkuasakan dengan lebih baik dengan memberi mahkamah pilihan mengenakan lebih banyak sekatan ke atas mereka yang tidak membayar.


Orang ramai menyukai program keibubapaan mandatori dan terutamanya menyokong tumpuannya meletakkan kepentingan anak terdahulu dalam perceraian.


Program itu ditujukan kepada pasangan yang sedang dalam perceraian dan mempunyai anak kecil, namun tidak dapat bersetuju atas semua hal perceraian, untuk membincangkan penjagaan anak.


Orang ramai juga menyokong saranan menjadikan kahwin kontrak tidak sah dan mempertingkat perlindungan bagi wanita, kanak-kanak perempuan, penduduk di tempat selamat dan karyawan yang melakukan kerja perlindungan.


MSF menambah ia telah mempertimbangkan agar merangkumi pasangan yang tinggal bersama dalam perlindungan Piagam Wanita.


"Bagaimanapun, dengan melaksanakannya, ia akan menjejas bagaimana sesebuah keluarga dijelaskan dan dipandang oleh masyarakat luas.


"Ini juga akan mempunyai kesan ke atas perundangan lain yang merujuk kepada keluarga dan perkahwinan," kata kementerian itu.


"Namun begitu, MSF sedang bekerjasama dengan agensi dan pihak berkepentingan yang relevan bagi mempertingkat sokongan untuk mangsa," tambah MSF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >