Ramai tidak endah jarak selamat dek pembelian saat akhir, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:29
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:08
Maghrib
6:52
Isyak
8:02
Suatu Ketika di Singapura
Berita Harian SoSedap: Sokong kedai makan halal tempatan kita dan menangi baucar $100 Takashimaya!
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat3

Ramai tidak endah jarak selamat dek pembelian saat akhir

Apr 06, 2020 | 05:30 AM

PASAR basah, pasar raya dan pusat beli-belah kelihatan sesak sejak Sabtu dan dijangka berterusan hari ini.

Orang ramai kelihatan sibuk berbelanja 'last kopek', atau pembelian saat-saat akhir, menjelang langkah lebih tegas bagi memutuskan litar jangkitan Covid-19 di Singapura selama sebulan yang bermula esok.

'Last kopek' adalah frasa perbualan informal bererti 'peluang terakhir'.

Kebanyakan tempat kerja di sini akan ditutup mulai esok dan sekolah akan melaksanakan sepenuhnya pembelajaran di rumah mulai lusa.

Kesesakan berlaku tiga hari ini biarpun perkhidmatan penting seperti penjualan makanan di pasar raya dan kedai, pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan akan kekal dibuka.

Di Changi Road menuju ke Geylang Serai sekitar 12 tengah hari semalam, jalan raya lebih sesak daripada hujung minggu biasa. Keadaannya kelihatan serupa dengan kesesakan beberapa hari menjelang Hari Raya.

Di beberapa tempat makan tengah hari semalam seperti Restoran Hajah Maimunah, ramai beratur panjang sehingga melimpah ke luar restoran.

Restoran Al-Azhar di simpang Onan Road dan Changi Road turut dibanjiri ramai pelanggan.

Keadaan itu mungkin kerana hujung minggu dan hari ini merupakan hari terakhir orang ramai dapat makan di luar kerana di bawah sekatan lebih ketat selama sebulan, mereka tidak lagi dibenarkan makan di tempat-tempat makan.

Kedai dan restoran masih dibenarkan dibuka tetapi bagi pembelian bungkus untuk dibawa pulang.

Di banyak kedai runcit semalam, seperti di Al Barakah Health and Beauty Mart, ramai pelanggan sibuk membuat pembelian terakhir.

Keadaan serupa terlihat di banyak pusat beli-belah, termasuk gedung IKEA.

Di Plaza Singapura kelmarin, ramai pelanggan dilihat beratur panjang di luar kedai menanti giliran untuk masuk ke kedai Art Friend.

Di pasar raya Cold Storage di pusat beli-belah yang sama, barisan bagi membuat pembayaran kelihatan panjang.

Lebih ramai orang kini dilihat menggunakan pelitup sejajar dengan saranan pemerintah.

Beberapa media turut melaporkan bahawa rakyat Singapura sibuk membeli barang seperti elektronik, alat mainan dan penjagaan kesihatan pada hujung minggu sebagai persiapan bagi langkah keselamatan yang lebih ketat selama sebulan mulai esok.

Langkah lebih ketat itu diumumkan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong bagi menangani wabak Covid-19 yang semakin meningkatkan.

Namun, perkhidmatan penting seperti penjualan makanan di pasar raya dan kedai, pengangkutan awam serta penjagaan kesihatan akan kekal dibuka.

Semasa berucap kepada negara Jumaat lalu, Encik Lee berkata langkah itu diambil sebagai 'pemutus litar' bagi mengurangkan risiko penularan yang besar.


Kehidupan semasa tempoh 'pemutus litar': Apa yang perlu anda lakukan

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map