Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai tidak setuju rumah 38 Oxley Road dirobohkan: PM

Jul 03, 2017 | 01:07 PM



RAMAI warga Singapura tidak bersetuju rumah 38 Oxley Road dirobohkan. Malah, pandangan serupa turut dizahirkan para editor akhbar setempat, termasuk Berita Harian.



Hal ini didedahkan Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam ucapannya di parlimen.



"Ramai warga Singapura tidak bersetuju dengannya. Mereka mahu rumah itu dipelihara.



"Hakikatnya ia adalah rumah Perdana Menteri pengasas Singapura, tempat keputusan politik penting dibuat bagi mencorak masa depan Singapura



"Kita adalah negara muda, dan rumah itu memaparkan sesuatu yang pentingnya dalam sejarah dan kenegaraan kita.



"Pada Mac 2011, ayah saya meminta pandangan beberapa editor akhbar



"Semua editor menjawab bahawa mereka mahu ia dikekalkan, memandangkan kepentingan sejarah dan nilai warisan



"Mohd Guntor Sadali, ketika itu editor Berita Harian, menulis kepada bapa saya:



""Saya secara peribadi terkejut dan sedih ketika pertama kali membaca bahawa anda mengatakan anda mahu rumah itu dirobohkan selepas anda tiada.



""Nilai sejarah rumah itu tidak ternilai... jika kita merobohkannya, generasi akan datang akan menyesalinya. Kita harus mengelak daripada membuat kesilapan ini."



"Encik Lim Jim Koon, editor Lianhe Zaobao ketika itu, mencadangkan supaya rumah itu dipelihara dan dijadikan muzium, (serupa) Dewan Memorial Sun Yat Sen," terang Perdana Menteri.



Mantan Encik Lee Kuan Yew sebelum ini telah menyatakan bahawa beliau ingin rumah itu dirobohkan selepas kematiannya.



Dalam kenyataan yang terkandung dalam buku 'Hard Truths to Keep Singapore Going' sebagai menjelaskan pendirian beliau berhubung rumah tersebut, mendiang telah ditukil sebagai berkata:



"Saya telah memberitahu Kabinet, apabila saya mati, robohkan".



Mantan perdana menteri itu telah menjelaskan, beliau tidak mahu rumah itu menjadi usang kerana kos pemuliharaan akan tinggi kerana rumah itu dibina lebih seratus tahun lalu dan tidak mempunyai asas; dan sekiranya rumah itu dirobohkan dan peraturan perancangan boleh berubah, nilai tanah di samping plot di sekitarnya akan naik.



Bagaimanapun, kenyataan beliau itu mendapat sanggahan kuat daripada orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >