Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai wanita Melayu kurang tahu tentang HPV, barah serviks: Tinjauan

Dec 18, 2021 | 05:30 AM



PENYAKIT barah serviks merupakan barah ketujuh yang paling kerap berlaku dalam kalangan wanita Melayu terutamanya mereka yang berusia 26 hingga 45 tahun di Singapura.



Namun begitu, masih terdapat kurang pemahaman tentang penyakit itu dan cara untuk mencegah diri, menurut satu tinjauan perintis itu.



Sekitar 80 peratus responden Melayu tidak mengetahui mengenai virus papiloma manusia atau Human Papillomavirus (HPV), yang boleh menyebabkan penyakit barah serviks dan 80 peratus juga belum divaksin bagi mengekang HPV.



Tinjauan itu dijalankan selama sebulan oleh Perikatan Singapura bagi Tindakan Aktif Terhadap Papilomavirus Manusia (A4HPV) yang berusaha untuk meningkatkan kesedaran terhadap barah serviks. Ia juga turut disokong Persatuan Muhammadiyah.



Ia bertujuan untuk meninjau sikap kesihatan, tabiat, dan tingkah laku memahami kesihatan wanita Melayu berkaitan HPV dan penyakit barah serviks. Penyakit barah serviks lebih biasa menjejas wanita Melayu, berbanding Cina dan India.



Kajian ini merupakan sebahagian usaha A4HPV untuk membangunkan rancangan bertindak selama tiga tahun untuk mengekang barah serviks di Singapura.



Menurut tinjauan itu, 57 peratus menjalankan pemeriksaan kesihatan tetap dan hanya 47 peratus melakukan pemeriksaan kesihatan tambahan seperti 'pap smear', ujian HPV dan mamografi apabila menjalani pemeriksaan kesihatan.



Ini sedangkan ujian 'pap smear' adalah prosedur yang dapat membantu mengesan barah serviks.



"Saya sering berjumpa dengan pesakit barah serviks yang boleh mengelakkan keadaan sedih ini jika mereka telah melakukan ujian pap smear dengan kerap, saringan HPV atau telah divaksin," kata Penasihat Perubatan Khas A4HPV, Dr Ida Ismail-Pratt, ketika ditemui Berita Harian.



Responden berusia 41 hingga 50 tahun lebih banyak menjalani pemeriksaan kesihatan (80 peratus), berbanding golongan berusia 25 hingga 30 tahun dan 31 hingga 40 tahun.



"Ramai anak muda sekarang tidak mengutamakan pemeriksaan kesihatan mereka.



"Mereka mengutamakan perkara lain seperti kerjaya, kehidupan dan keluarga mereka. Tetapi dalam proses itu, mereka lupa untuk mencegah diri mereka daripada barah serviks," katanya.



Tinjauan itu melibatkan sekitar 30 wanita Melayu yang berusia antara 25 dengan 50 tahun.



"Dengan mempunyai maklumat baru ini, kita akan mempelajari bagaimana untuk meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai HPV serta barah serviks kepada wanita dalam masyarakat kita,'' katanya.



Beliau menggalak golongan wanita dalam masyarakat untuk menjalani ujian pap smear setiap tiga tahun sekali jika berusia 25 dengan 29 tahun, dan sekali setiap lima tahun bagi yang berusia lebih 30 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >