Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ramai warga buat penyesuaian hidupkan semangat Hari Kebangsaan

Aug 10, 2021 | 05:30 AM



Perbarisan Hari Kebangsaan sering dinanti-nantikan pasangan Encik Muhammad Zulfadli Abdul Karim, 31 tahun dan Cik Fitri Farhana Rais, 30 tahun dan mereka akan berusaha mencari sudut terbaik untuk menikmati persembahan bunga api.



Tahun ini, biarpun sambutan Hari Kebangsaan dibuat dalam skala kecil di platform terapung Marina Bay, ia tidak menghalang pasangan itu tetap berada di kawasan berdekatan sekadar menikmati suasana kemerdekaan.



Di Esplanade semalam, pasangan itu seperti ramai pengunjung di lihat berpakaian merah dan putih - ada yang duduk menyaksikan acara laluan penerbangan Angkatan Udara Singapura dan ada juga berbasikal dan bersenam.



Encik Muhammad Zulfadli, seorang jurulatih pemandu ketika ditemui berdekatan Marina Square, berkata:



"Kami telah keluar rumah pada sekitar 9 pagi dan menuju ke kawasan Esplanade. Cuaca agak panas, jadi kami cari tempat berteduh dekat Marina untuk menikmati suasana perayaan dengan lebih baik.



Menurut Cik Fitri Farhana, biasanya pada Hari Kebangsaan, keluarga besarnya akan berkumpul di kawasan berdekatan tempat perbarisan dan menunggu sehingga acara bunga api selesai.



"Setiap tahun, kami sekeluarga ghairah menantikan persembahan bunga api! Memandangkan tahun ini tiada bunga api dan kita masih dalam sekatan Covid-19, kami ubah sedikit rancangan dengan hanya keluar berdua," ujar suri rumah itu, merujuk kepada peraturan pada Fasa Dua (Kewaspadaan Dipertingkat).



Kata Cik Fitri Farhana lagi, sebelum ini keluarganya akan berjalan-jalan bersama dan mereka akan keluarga berbekalkan bungkusan makanan di Hari Kebangsaan. Semalam, mereka hanya makan di rumah.



Suasana di Jambatan Esplanade juga terdapat beberapa keluarga yang berbasikal dan berjalan-jalan dengan berpakaian merah putih.



Semangat Hari Kebangsaan itu dapat dirasakan walaupun tidak ramai orang.



Antaranya adalah pasangan suami isteri Encik Khamsani Karim, 63 tahun, dan Cik Norselah Ismail, 60 tahun, yang ditemui di tempat duduk sebelum jabatan dekat Esplanade, menikmati pemandangan.



"Memang rasa sunyi tahun ini, tapi apapun sebagai individu, kita harus melakukan sesuatu untuk sambut Hari Kebangsaan. Sudah tentu suasana berlainan tahun ini.



"Oleh itu saya dan suami menuju ke kawasan ini, kerana kami berharap suasana di sini lebih meriah dan kami tepat kerana terdapat keluarga dan pasangan lain yang ke sini dengan semangat Hari Kebangsaan dan berpakaian merah putih," ujar ibu dua anak itu yang akur dapat merasakan suasana hari kebangsaan dengan usaha mereka pagi itu.



Encik Khamsani juga menyifatkan rasa cinta pada tanah air sangat digalakkan kepada semua insan.



"Cinta kepada watan bukan sahaja sebagai semangat kemerdekaan tetapi lebih penting adalah untuk mengisi (membina) kemerdekaan," ujar beliau yang kemudian memuji pemerintah akan langkah-langkah yang diambil untuk menangani pandemik Covid-19 di Singapura.



Bagi Encik Khairi Abdul Rahman pula, beliau ditemui berbasikal bersama isteri dan anak bongsunya.



Menurut bapa tiga anak itu, mereka sering meluangkan masa di luar bersama seperti mengunjungi taman dan sebagainya.



"Tahun ini rasa agak lain kerana Perbarian Hari Kebangsaan ditangguh. Namun demi keselamatan negara, pemerintah melakukan apa yang patut dan kami juga melakukan apa yang kami boleh untuk meraikannya," kata jurutera berusia 34 tahun itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >