Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

"Ramai yang ingin bantu ringankan bebannya"

May 16, 2014 | 07:45 PM



BERAT sama dipikul, ringan sama dijinjing.


Minggu lalu, Encik Mohammad Afiq Abdul Rahim telah menjadi korban satu kemalangan di Ekspreswe Bukit Timah (BKE) meninggalkan balu, Cik Mariam Ishak, yang sedang hamil dan bimbang tentang masa depan yang akan dilalui oleh dirinya dan anak-anaknya tanpa suami di sisi.


Namun sedikit sebanyak beban yang ditanggung beliau telah mula berkurangan.


Ramai warga Internet menghulurkan bantuan dan di antara mereka ialah teman Cik Mariam, Cik Nur Amaleena Abdoll Hamid, yang merasa simpati dan mahu melakukan sesuatu untuknya.


Cik Amaleena telah menulis posting tentang musibah yang dilalui Cik Mariam di 3R Recycle Group, sebuah kumpulan tertutup (closed group) di Facebook (FB).


Kumpulan di FB ini menggalak anggotanya untuk memberi barang yang tidak diperlukan mereka lagi kepada anggota lain dan mengelakkan barang-barang itu dari dibuang.


Anggota 3R menunjukkan semangat setia kawan dengan memberikan barang keperluan bayi terpakai mahupun yang baru kepada Cik Mariam walaupun mereka tidak mengenali beliau secara peribadi.


Menurut Cik Amaleena, yang pernah bekerja dengan Cik Mariam sebagai pegawai Khidmat Terminal Lapangan Terbang Singapura (Sats), "Saya tidak bekerja sekarang dan inilah sahaja caranya yang dapat saya lakukan untuk membantu Mariam."


"Saya tak sangka ramai yang ingin bantu ringankan bebannya. Ada yang beri botol susu, baju, kereta sorong dan anduh bayi(baby sling). Seorang anggota lagi menghantar semua barang-barang yang telah dikumpulkan ke rumah Mariam di Woodlands," Cik Amaleena, 25 tahun, menerangkan.


Cik Zarina Jaffar, salah seorang pengasas kumpulan 3R, mengesahkan anggotanya telah merancang sesama sendiri untuk memberikan barangan bayi kepada Cik Mariam.


"Kumpulan 3R mempertanggungjawabkan Cik Amaleena untuk mengendalikan projek ini.


"Memang ramai anggota 3R terdiri daripada keluarga berpendapatan rendah. Mereka menggunakan 3R sebagai pelantar untuk mendapatkan keperluan mereka daripada ikhsan dan bantuan anggota lain," kata Cik Zarina.


Kumpulan 3R diasaskan pada tahun 2012 dan mulanya disertai 250 anggota yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat dan kawan rapat. Kini 3R dianggotai hampir 6,500 orang dan diurus 15 pentadbir.


Mudah-mudahan dengan bantuan mereka yang prihatin, walaupun sederhana, dapat mengurangkan rasa bimbang Cik Mariam terhadap masa depannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >