Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rampasan kenderaan SAF: APL pernah guna Hong Kong sebagai transit tanpa masalah

Nov 29, 2016 | 02:49 PM



FIRMA perkapalan yang mengangkut sembilan kereta perisai Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang dirampas di Hong Kong pernah menggunakan bandar itu sebagai transit tanpa menghadapi sembarang isu, kata Panglima Tentera Darat Singapura pada Selasa (29 Nov).



Major-General Melvyn Ong berkata SAF mendapatkan khidmat APL bagi mengangkut peralatan ketenteraan sejak 1990-an. Ia menggunakan syarikat penghantaran lain juga.



Pegawai Kastam Hong Kong merampas sembilan Infantri Kenderaan Pembawa Infantri Terrex dan peralatan berkaitan dari kapal kontena APL Rabu lepas (Nov 23). Kapal itu dalam pelayaran ke Singapura selepas satu latihan ketenteraan di Taiwan.



Bercakap kepada pemberita di luar acara bagi menguji sistem Aerostat, belon yang dilengkapi radar, Mej-Jen Ong berkata Hong Kong pelabuhan antarabangsa yang biasa yang digunakan oleh banyak angkatan tentera.



"Tiada sembarang perkara luar biasa" bagi APL menggunakan Hong Kong sebagai pusat transit, katanya.



Pada Sabtu lalu, satu laporan oleh agensi berita FactWire Hong Kong berkata kapal kontena APL berlabuh di Xiamen di tanah besar China sebelum transit di Hong Kong.



Ia berkata Jabatan Kastam dan Eksais Hong Kong diberi maklumat oleh rakannya di tanah besar mengenai sembilan kereta perisai SAF itu, membawa kepada ia dirampas di Hong Kong.



Menurut laporan itu, APL tidak mempunyai "notis kelulusan" bagi kenderaan tentera.



Ditanya apakah APL telah menyiapkan segala dokumen yang diperlukan bagi penghantaran itu, Mej-Jen Ong berkata SAF masih berusaha mendapatkan pengesahan mengenai perkara ini, dan penjelasan mengapa kereta perisai itu ditahan.



Firma penghantaran APL bertanggungjawab memastikan semua keperluan peraturan dipenuhi, katanya.



SAF menjalankan latihan di luar negara di sekitar sedozen wilayah dan mengupah syarikat perkapalan komersial untuk mengangkut peralatan ketenteraan ke dan dari Singapura.



Mej-Jen Ong berkata perkapalan komersial paling kos efektif untuk mengangkut peralatan besar bagi latihan di luar negara.



China telah membuat perwakilan kepada Singapura berhubung rampasan itu.



Pada Isnin, jurucakap Kementerian Luar China, Encik Geng Shuang, berkata Singapura harus "tegas mematuhi undang-undang Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, dan bekerjasama dengan kerajaan SAR dalam semua susulan yang sewajarnya".



"Kerajaan China sentiasa tegas bahawa negara yang mempunyai hubungan diplomatik dengan China tidak harus mempunyai sembarang bentuk pertukaran rasmi dengan Taiwan, termasuk pertukaran dan kerjasama ketenteraan," kata beliau pada satu taklimat media biasa di Beijing.



"Kami meminta pemerintah Singapura supaya tegas mematuhi prinsip satu China," katanya.



Mej-Jen Ong mengulangi bahawa "tiada peluru atau peralatan sensitif di atas kapal itu".



Beliau berkata SAF hanya menetapkan laluan perkapalan bagi kargo sensitif seperti peluru. Firma komersial memutuskan sendiri laluan yang perlu diambil apabila mengangkut peralatan umum, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >