PUSAT Makanan Market Street yang berpindah dari bangunan Tempat Letak Kereta Golden Shoe ke tapak sementara di Cross Street awal minggu ini sudah mula rancak beroperasi.
Pengunjung dan peniaga yang ditemui Berita Harian kelmarin berkata mereka rata-rata gembira dan selesa di tapak sementara di sebelah stesen MRT Telok Ayer itu.