Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan buka pusat hiburan malam ditangguh

Jan 20, 2021 | 05:30 AM



USAHA rintis untuk membuka semula sejumlah terhad kelab malam dan pusat karaoke di sini telah ditangguh disebabkan jumlah kes Covid-19 dalam masyarakat yang meningkat di Singapura baru-baru ini.



Tarikh usaha rintis itu dapat dimulakan semula, namun tidak dapat ditentukan, kerana keadaan kesihatan awam yang dinamik, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI) dalam satu kenyataan bersama semalam.



"Demi mengelakkan risiko penularan lanjut dalam masyarakat dan pembentukan kelompok dalam keadaan berisiko tinggi, seperti kelab malam dan pusat karaoke, di mana orang ramai dekat dengan satu sama lain bagi tempoh masa yang berpanjangan dan di dalam ruang tertutup, usaha perintis itu telah ditangguhkan sehingga diberitahu kelak," kata dua kementerian itu.



Ia menambah bahawa agensi yang relevan akan menyemak permulaan usaha perintis itu pada masa yang sesuai.



Pada 6 November tahun lalu, pemerintah mengumum ia akan membenarkan jumlah terhad pusat hiburan malam seperti bar, pub dan pusat karaoke, dibuka semula dengan langkah pengurusan selamat.



Usaha perintis bagi bar dan pub bermula pada 8 Disember lalu, dengan tiga pusat tempat dibuka semula di bawah usaha itu kini.



Persatuan perniagaan hiburan malam juga diundang mencalonkan kelab malam dan pusat karaoke yang sesuai untuk menyertai usaha perintis itu.



Menyusuli semakan teliti terhadap pencalonan yang diterima, dua kelab malam dan 10 pusat karaoke telah dipilih dan boleh dibuka semula pada bulan ini, bergantung pada keadaan Covid-19 dan masa yang diperlukan untuk bersiap sedia bagi usaha perintis itu.



MHA dan MTI berkata mereka sedang bekerjasama dengan pengendali perniagaan yang telah dipilih itu bagi langkah selanjutnya, dan akan membantu mereka.



"Usaha perintis bagi bar dan pub, yang dimulakan lebih awal, akan diteruskan buat masa ini. Agensi-agensi juga akan terus memantau keadaan dengan dekat, dan akan bekerjasama dengan pengendali untuk mengetatkan langkah pengurusan selamat jika perlu untuk melindungi kesihatan awam," kata dua kementerian itu.



Kelmarin, pengerusi bersama pasukan bertindak yang menangani Covid-19, Encik Lawrence Wong, berkata langkah tambahan mungkin diperlukan untuk membendung koronavirus di sini selepas kes masyarakat meningkat dan timbul kelompok jangkitan berkaitan kes pembantu doktor haiwan polis yang positif.



Encik Wong, yang juga Menteri Pendidikan, berkata dalam satu kiriman Facebook malam kelmarin bahawa Singapura telah menyaksikan lebih banyak kes jangkitan baru sejak beberapa hari lalu, termasuk kelompok setempat yang pertama dalam beberapa bulan.



Beliau berkata kakitangan penjejak kontak sedang berusaha untuk membendung kes yang berpotensi dan mengelakkan jangkitan daripada terus menular, sambil menambah:



"Kami juga sedang memantau situasi dengan teliti dan mempertimbangkan sama ada langkah tambahan diperlukan untuk memastikan jangkitan dikawal."



Semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan 30 kes baru, di mana empat daripadanya adalah kes dalam masyarakat.



Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Singapura mencapai 59,157.



Kelmarin, dua kes masyarakat dikaitkan dengan kelompok pembantu doktor haiwan polis - yang melibatkan seorang warga Singapura yang bekerja dalam Unit K-9 di Mowbray Road - menjadikan jumlah kes kepada enam.



Empat daripada enam kes dalam kelompok itu tidak mendapatkan rawatan perubatan meskipun mengalami gejala penyakit.



Kes yang pertama daripada dua kes baru itu melibatkan seorang suri rumah warga Singapura berusia 43 tahun yang merupakan pasangan kepada pesakit sebelum ini dalam kelompok itu.



Kes kedua merupakan wanita Malaysia berusia 66 tahun yang berada di Singapura sejak Januari tahun lalu dengan pas lawatan jangka panjang.



Kedua-duanya merupakan anggota keluarga seorang pegawai pentadbiran warga Singapura berusia 44 tahun yang bekerja dalam lokasi yang sama dengan pembantu doktor haiwan itu.



Baki 12 kes lain semuanya diimport, merangkumi dua rakyat Singapura, empat penduduk tetap, seorang pemegang pas tanggungan, seorang pemegang pas pelajar dan empat pemegang permit kerja.




"Kami juga sedang memantau situasi dengan teliti dan mempertimbangkan sama ada langkah tambahan diperlukan untuk memastikan jangkitan dikawal."
- Menteri Pendidikan, Encik Lawrence Wong yang juga pengerusi bersama pasukan bertindak yang tangani Covid-19, mengulas mengenai bilangan kes jangkitan setempat yang melonjak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >