Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan induk beri bimbingan cara penuhi keperluan individu autistik di Singapura

Mar 30, 2021 | 05:30 AM



PUSAT Sumber Autisme (ARC) telah melancarkan sebuah rancangan induk bagi individu yang mempunyai autisme di Singapura. Ia rancangan induk seumpama itu yang pertama di sini.



Dibangunkan bersama dengan sokongan anggota Rangkaian Autisme Singapura (ANS) dan maklum balas serta cadangan lebih 500 orang, termasuk individu autistik dan penjaga mereka, rancangan induk itu memperinci cadangan untuk membimbing usaha Singapura dalam menangani keperluan penting individu dalam spektrum autisme dari tahun awal mereka hingga ke dewasa.



Ditemui di Sekolah Pathlight sempena pelancaran rancangan induk itu semalam, presiden ARC, Cik Denise Phua, berkat meskipun terdapat rancangan induk nasional bagi sektor kurang upaya, ia lebih am dan tidak tertumpu pada keperluan kumpulan kurang upaya tertentu.



"Kumpulan kurang upaya berbeza tidak sama. Keperluan, tahap perkembangan dan pembangunan mereka semua berbeza. Oleh itu, kita perlu melihat dengan lebih mendalam agar kita dapat mewujudkan program dan rancangan lebih tertumpu dan spesifik yang mempunyai nilai tambah.



"Ini akan membantu memperinci dan mengarahkan keutamaan masyarakat kita... dan mempunyai rancangan induk ini akan memastikan keperluan sektor autisme akan dikenal pasti, diutamakan dan ditangani dengan lebih tepat," ujar Cik Phua.



Pakar psikologi dan ahli terapi autisme ARC, Dr Sim Zi Lin, berkata rancangan induk itu dibahagikan kepada enam teras kepentingan dan 14 cadangan berkaitan.



Enam teras itu ialah jaminan mutu bagi perkhidmatan autisme; perancangan kehidupan; pembelajaran sepanjang hayat; kesinambungan pekerjaan; kesinambungan tempat tinggal; dan perancangan kehidupan setelah kematian penjaga.



Misalnya, berdasarkan maklum balas yang diterima, individu autistik secara amnya kurang bersedia untuk kehidupan sebagai orang dewasa dan alam pekerjaan.



Pilihan pembelajaran setelah tamat sekolah juga amat terhad bagi mereka. Oleh itu, kata Dr Sim, adanya program latihan kediaman dapat membantu orang dewasa autistik hidup dengan lebih berdikari dan bekerja dengan lebih baik.



"Kira-kira 50 peratus pelajar yang mempunyai autisme di Singapura tidak berada dalam arus pendidikan khas, mereka berada dalam sekolah laluan utama atau perdana.



"Bagi para pelajar ini, mereka tidak mendapat sokongan dan latihan khusus dalam pembelajaran kemahiran kehidupan, dan apabila mereka tidak diajar dengan khusus tentang kemahiran kehidupan, agak sukar bagi mereka mempelajarinya secara semula jadi, jadi masih ada jurang besar dalam hal tersebut," ujar Dr Sim.



Antara saranan yang diberi sebagai sebahagian rancangan induk itu ialah membangunkan program latihan bagi penjaga dan pendidik individu autistik, menubuhkan 'akademi pemboleh' (enabling academy) bagi membolehkan pembelajaran sepanjang hayat, termasuk pembangunan kepimpinan tertumpu pada orang dewasa autistik dan memperluas kesinambungan pilihan tempat tinggal bagi mereka.



Cik Phua berkata rancangan induk itu telah dikemukakan kepada pemerintah.



"Saya percaya pemerintah dan masyarakat akan... mengambil kira apa yang telah kami kemukakan. Pemerintah mesti memainkan peranan kerana beberapa perkara melibatkan dasar, seperti yang berkaitan perumahan, tetapi saya percaya pemerintah tidak boleh melakukan semuanya sendirian, dan begitu juga kami (ARC), jadi kita perlu bekerjasama," kata beluiau.



Mereka yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang rancangan induk itu boleh merujuk pada laman enablingmasterplan.autism.org.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >