Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan longgar sekatan pekerja migran ditangguh

May 03, 2021 | 05:30 AM



LEBIH 95 peratus pekerja migran yang tidak pernah dijangkiti Covid-19 dan tinggal di lima dormitori terbesar di Singapura telah menerima suntikan vaksin terhadap virus itu, kata Menteri Kedua Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.



Lima dormitori itu termasuk Sungei Tengah Lodge, Tuas View Dormitory, CDPL Tuas Dormitory, PPT Lodge 1B, dan Kranji Lodge 1.



Sekitar 42,000 daripada 300,000 pekerja migran yang bekerja dalam industri binaan, marin dan proses pula telah selesai menerima dua dos vaksin Covid-19.



Dalam pada itu, Dr Tan berkata rancangan untuk melonggarkan sekatan pergerakan pekerja migran telah ditunda disebabkan kelompok kes Covid-19 di dormitori dan kenaikan dalam kes jangkitan di beberapa negara tanah air pekerja tersebut baru-baru ini.



"Ini adalah penting kerana tanggungjawab kita yang terdahulu adalah untuk melindungi kehidupan dan kesihatan kita semua, pekerja migran, industri dan mata pencarian," kata beliau.



Buat masa ini, pekerja asing boleh mendapatkan vaksin mereka di dua pusat vaksinasi khusus bagi golongan itu yang ditubuhkan baru-baru ini di Seletar dan Resort dan Kelab Golf Perkhidmatan Negara (NSRCC) di Kranji.



Selain itu, terdapat pusat vaksinasi yang disediakan di lima dormitori terbesar di sini.



"Sedang lebih banyak bekalan vaksin masuk ke sini dan sedang kami mempertingkatkan operasi, kami merancang menubuhkan lebih banyak pusat vaksinasi," kata Dr Tan.



Semalam, Dr Tan dan Menteri Tenaga Manusia, Cik Josephine Teo, telah mengunjungi pusat vaksinasi di Seletar itu untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada pegawai dan sukarelawan yang bekerja sempena Hari Pekerja kelmarin.



Dr Tan menambah bahawa sejak 17 Mac lalu, lagi 31,000 pekerja migran yang tinggal di dormitori lain, seperti dormitori dibina khas, kilang yang diubah menjadi dormitori, kuarters binaan kecil sementara dan kuarters kediaman sementara, telah menerima suntikan vaksin mereka.



Pemerintah akan memperluaskan pendekatan mereka kepada lebih ramai pekerja migran secara bertahap-tahap berdasarkan keutamaan risiko menerusi pusat vaksinasi seperti yang di Seletar itu.



Dr Tan berkata golongan pekerja migran merupakan tunggak penting dalam pertumbuhan ekonomi Singapura dan telah banyak memberikan sumbangan dalam membina negara ini.



"Mereka meninggalkan rumah mereka beribu batu jauh untuk datang ke sini demi membantu membangunkan ekonomi kita, membina flat HDB, bangunan komersial, bangunan perindustrian kita, MRT kita, kerja terowong dalam kita.



"Oleh sebab pengorbanan yang mereka telah lakukan dalam meninggalkan rumah dan keluarga mereka, saya rasa adalah penting bagi kita menjaga keperluan mereka. Bukan hanya keperluan fizikal, malah kesejahteraan mental juga. Dan vaksinasi ini adalah satu lagi strategi pelbagai lapis yang kami manfaatkan untuk melindungi mereka di samping ujian rutin berjadual (RRT) yang kami lakukan setiap 14 hari," kata beliau.



Sementara itu, Cik Teo turut melahirkan penghargaan kepada Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Pelibatan (Ace) yang telah berusaha gigih di barisan depan untuk menjaga pekerja migran di dormitori.



"Ini bukan tugas mudah. Ia amat mencabar (intense) tetapi oleh sebab mereka berada di barisan depan, kebolehan anda untuk membina keupayaan dan untuk memberi respons dengan pantas adalah penting.



"Mereka kumpulan yang muda, wujud kurang setahun tetapi mereka tertumpu pada misi dan sangat jelas akan keupayaan yang perlu mereka bangunkan," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >