Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan naik GST antara 2022 hingga 2025 akan diteruskan

Oct 06, 2021 | 05:30 AM



RANCANGAN menaikkan kadar cukai barangan dan perkhidmatan (GST) antara tahun depan hingga 2025 akan diteruskan, kata Menteri Kewangan Lawrence Wong semalam.



Berkata demikian semasa perbahasan berkaitan Rang Undang-Undang Cukai Pendapatan (Pindaan) di parlimen, Encik Wong menekankan pemerintah akan terus mempertimbangkan langkah untuk menangani isu ketidakseimbangan pendapatan dan harta serta menghulurkan bantuan kepada syarikat kecil dan sederhana (SME).



Memberikan responsnya kepada pertanyaan beberapa Anggota Parlimen (AP) termasuk Encik Yip Hong Weng (GRC Yio Chu Kang) dan AP Parti Pekerja Encik Louis Chua (GRC Sengkang), yang telah menimbulkan keprihatinan tentang masa kenaikan GST itu diperkenalkan serta cukai harta untuk menangani isu ketidakseimbangan harta.



Mengulas lanjut, Encik Wong menekankan keperluan meningkatkan pendapatan berulang pemerintah terutama sekali disebabkan faktor seperti perbelanjaan penjagaan kesihatan dan sosial, dan ini tidak boleh dielakkan.



Kenaikan GST kepada sembilan berbanding tujuh peratus diumumkan semasa Belanjawan 2018 dan Pakej Jaminan bernilai $6 bilion telah diumumkan pada Belanjawan 2020 untuk membantu mengurangkan kesan kenaikan itu, dengan lebih banyak bantuan disasarkan bagi keluarga berpendapatan rendah.



"Kami akan terus mempertimbangkan semua faktor termasuk keperluan fiskal, serta keadaan ekonomi dalam menentukan waktu GST akan dinaikkan," kata Encik Wong.



Memberikan responsnya kepada saranan Encik Chua untuk memperkenalkan cukai harta dan lebih banyak bantuan untuk SME, Encik Wong berkata matlamat mereka selaras.



"Namun untuk mengatasi ketidakseimbangan harta, apa yang harus kita lakukan, apakah langkah yang perlu dikuatkuasa- ini perlu dikaji dengan lebih terperinci," kata Encik Wong, sambil menambah Singapura mengenakan sesuatu yang serupa dengan cukai harta melalui cukai yang dikenakan ke atas hartanah kediaman swasta, yang ditetapkan berdasarkan nilai hartanah tahunan.



"Saya tidak dapat mendedahkan apa yang kini dipertimbangkan pemerintah. Saya rasa ia terlalu awal dan saya tidak mahu mendedahkannya sebelum belanjawan tahun depan, tapi yang jelas kami akan terus mempertimbang semua cara untuk menangani, yang pertama ketidakseimbangan harta dan pendapatan dan kedua, apa yang kita perlu lakukan untuk menyokong SME," katanya.



Rang tersebut juga merangkumi pindaan kepada undang-undang untuk melaksanakan langkah cukai yang diumumkan dalam kenyataan Belanjawan awal tahun ini serta langkah sokongan Covid-19 lain yang diperkenalkan pada Mei dan Julai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >