Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan perkahwinan 'terbantut'

May 15, 2021 | 05:30 AM



BAKAL mempelai, Encik Muhammad Abdul Aziz Firdaus Abdullah dan tunangnya Cik Nurul Artika Raemi kini berada dalam keadaan 'tidak menentu' memandangkan mereka perlu membatalkan majlis persandingan mereka disebabkan langkah Covid-19 yang dipertingkat.



Encik Abdul Aziz, 29 tahun, yang bertugas sebagai guru, dijadual bernikah bersama Cik Nurul Artika, 27 tahun, pada 11 Jun ini dan telah merancangkan majlis walimah mereka di restoran Royal Palm di Clarke Quay pada keesokan hari - sehari sebelum tempoh peraturan Covid-19 yang dipertingkat tamat.



Namun Encik Abdul Aziz berkata beliau dan bakal isteriya telah melalui banyak onak dan duri sepanjang tempoh mereka bersama dan akan menempuhi dugaan terbaru ini dengan berani.



Cik Nurul Artika telah bergelut mengatasi penyakit payu dara dan kini berada di peringkat peredaan (remission).



"Memandangkan kes sedang meningkat dan kita perlu membatalkan majlis, saya rasa lebih baik kita teruskan apa yang wajib sahaja," kata Encik Muhammad Abdul Aziz.



"Mungkin majlis persandingan kita boleh diadakan pada tarikh lanjut apabila keadaan sudah mula reda."



Menurut Encik Muhammad Abdul Aziz, yang telah berbelanja sekitar $20,000 untuk majlis persandingannya itu, beliau hanya akan meneruskan majlis pernikahan yang bakal diadakan di rumah dengan hanya seramai lapan tetamu sahaja.



Di bawah langkah dipertingkat yang diumumkan semalam, semua majlis persandingan, tidak lagi dibenarkan dari 16 Mei hingga 13 Jun memandangkan kes dalam masyarakat kian meningkat.



Majlis pernikahan pula, dibenarkan menerima sehingga 50 tetamu tanpa menjalani ujian praacara (PET) Covid-19 terlebih dahulu, dan sehingga 100 tetamu dengan menjalani ujian itu.



Namun tanpa rasa kecewa, Encik Muhammad Abdul Aziz yakin ada hikmah di sebalik cabaran yang dihadapi:



"Tiada yang lebih mencabar berbanding apa yang kita telah lalui bersama setakat ini," merujuk kepada cara tunangnya Cik Nurul Artika melalui rawatan barah.



"Insya-Allah, kami akan cari cari jalan untuk mengatasi dugaan ini," kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >