Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan rancakkan Kawasan Kallang sebagai destinasi sukan, hiburan

Aug 06, 2019 | 05:57 PM



KAWASAN di sekitar Kallang akan berubah menjadi destinasi sukan dan hiburan bertaraf dunia, sebagai sebahagian daripada pembangunan daerah yang digelar Kallang Alive, umum agensi Sukan Singapura pada hari Selasa (6 Ogos).



Antara rancangannya ialah pembangunan Hab Belia dengan tarikan seperti velodrom (trek basikal) dan dinding pendakian laju (speed climbing).



Pembangunan itu termasuk Hab Bola Sepak Kallang akan datang serta Pusat Tenis Kallang yang baru, dengan kemudahan baru itu bakal menambah daya tarikan ke kawasan Kallang, yang kini menempatkan Hab Sukan.



Sukan Singapura, yang berunding dengan agensi lain, sedang berusaha membangun semula Teater Kallang menjadi pusat hiburan dan gaya hidup.



Ruang perairan di sepanjang Jalan Benaan Kapal juga akan diubah menjadi ruang masyarakat hijau manakala satu lagi projek, yang digelar ‘Alive Gateway and Loop’, akan menghubungkan tarikan utama itu menerusi satu laluan berjalan dan berbasikal, yang turut bersambung dengan Rangkaian Penghubung Taman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >