Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rancangan Ryde perkenal khidmat penghantaran langgar aturan

LTA: Pemandu khidmat sewa privet tidak dibenarkan melakukan pekerjaan penghantaran
Aug 17, 2018 | 05:30 AM



SYARIKAT khidmat kongsi kereta, Ryde, telah menerima amaran daripada pihak berkuasa selepas ia mengumumkan akan melancarkan khidmat penghantaran berdasarkan permintaan, menurut akhbar The Straits Times (ST) semalam.



Ryde mahu memulakan RydeSend pada 3 September - dengan memanfaatkan tenaga pemandu seramai 60,000 orang - untuk menghantar pakej kecil dan barangan kepada pengguna aplikasinya.



Tetapi Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pemandu khidmat sewa privet tidak dibenarkan melakukan pekerjaan penghantaran seumpama iu.



LTA juga berkata bahawa Ryde tidak berbincang dengan pihaknya sebelum melancarkan RydeSend.



"Kami telah memberi amaran kepada Ryde bahawa khidmat RydeSend akan melanggar peraturan yang melarang Kenderaan Khidmat Awam seperti teksi dan kereta sewa privet daripada hanya menghantar barangan.



"Pemandu yang menerima tugasan seperti itu mungkin akan ditarik balik lesen vokasional mereka," ujar seorang jurucakap LTA.



Di bawah undang-undang, teksi dan kereta sewa privet bertujuan membawa penumpang, tambah LTA.



Lebih seperlima atau sekitar 12,000 daripada pemandu Ryde merupakan pemandu khidmat sewa privet yang akan membawa penumpang di bawah khidmat RydeX.



Bakinya adalah pemandu privet yang berkongsi dengan pengguna lain berdasarkan bukan komersial.



Sementara kenyaataan awal Ryde berkata khidmat barunya akan memanfaatkan kededua kumpulan pemandu, ketua eksekutif dan pengasas Ryde, Encik Terence Zou, memberitahu ST kemudian bahawa ia akan "berbincang dengan pihak berkuasa bagi meneliti bagaimana pemandu khidmat sewa privet boleh dibenarkan melakukan kerja-kerja penghantaran".



Penasihat eksekutif Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA), Encik Ang Hin Kee, menjelaskan pemandu khidmat sewa privet tidak digalakkan melakukan kerja penghantaran serta melahirkan kekecewaan yang Ryde mahu melibatkan golongan pemandu itu.



Tetapi Encik Ang, yang juga penasihat eksekutif Persatuan Teksi Nasional (NTA), menekankan lagi gesaan dibuatnya tahun lalu, supaya LTA menyemak semula peraturan yang ada kerana terdapat keupayaan berlebihan pada waktu tidak sibuk, justeru pemandu teksi dan khidmat sewa privet boleh mempunyai sumber pendapatan tambahan dengan melakukan penghantaran.



Encik Ang, yang merupakan Anggota Parlimen bagi GRC Ang Mo Kio, turut memberi amaran kepada pemandu privet yang menjalankan khidmat penghantaran tanpa insurans yang diperlukan, mungkin akan mendapati perlindungan mereka tidak sah jika terlibat dalam kemalangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >