Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

NAHAS DI PORT DICKSON

Rancangan sambut cucu tidak kesampaian

Jan 05, 2018 | 05:30 AM



BELIAU sepatutnya berangkat ke Chiang Mai untuk bercuti bersama isteri dan anaknya hujung bulan lalu.



Namun, mereka mengambil keputusan membatalkan percutian itu apabila ibu Encik Rosli Samad, Cik Bedah Mohd, 79 tahun, dimasukkan ke hospital dan menjalani pembedahan pada 29 Disember 2017.



"Beliau datang tengok saya di hospital dan tunggu daripada sebelum pembedahan sehingga selesai. Esoknya, beliau datang lagi," ujar Cik Bedah yang mengalami barah buah dada.



Beliau berkata demikian ketika ditemuinya di rumahnya di Choa Chu Kang semalam.



Sebaliknya, Encik Rosli, 54 tahun, membawa isteri, Cik Maimunah Sapari, 51 tahun, serta dua anak perempuan mereka, Cik Nur Amalina, 21 tahun, dan Cik Dayana Sarah, 18 tahun, bercuti ke Kuala Lumpur.



Mereka bertolak dari Singapura sekitar 3 pagi 1 Januari 2018 dengan menaiki kereta Honda Stream berwarna putih yang dipinjamkan adik Encik Rosli, Encik Rahmat Samad.



Namun, percutian empat sekeluarga itu berakhir dengan tragedi apabila kereta yang mereka naiki dirempuh sebuah lori tanpa muatan yang datang dari arah Sepang menuju ke Seremban di simpang tiga Lukut-Sepang, Port Dickson, kelmarin.



Pemandu lori itu telah dijatuhkan hukuman penjara lima tahun. 



Empat sekeluarga itu maut dalam kejadian itu.



Pasangan itu mempunyai dua lagi anak lelaki - Encik Asyraf, 27 tahun, dan Encik Hamka, 24 tahun.



Encik Asyraf tidak menyertai percutian kerana isterinya sedang sarat mengandung sementara Encik Hamka membantu menguruskan kedai menyenggara motosikal milik Allahyarham Rosli di Kaki Bukit.



Kakak Allahyarhamha Maimunah, Cik Ramlah Sapari, 58 tahun, yang juga ditemui di rumah ibu Allahyarham di Choa Chu Kang, berkata Allahyarhamha Maimunah dan Allahyarham Rosli teruja kerana ingin menyambut kelahiran anak Encik Asyraf yang juga merupakan cucu pertama mereka tidak lama lagi.



Malah, Allahyarhamha juga telah membuat pelbagai persiapan termasuk membeli pakaian bayi dan merancang mengadakan majlis kesyukuran bagi menyambut cucu sulungnya itu.



Cik Ramlah, yang baru pulang daripada bercuti di Osaka, Jepun, bersama Cik Nur Amalina dan dua lagi saudaranya pada 24 Disember lalu, berkata mereka sekeluarga sepatutnya berkumpul hujung minggu ini bagi majlis perkahwinan salah seorang anak saudara mereka.



Ketika diminta mengulas anak saudaranya yang telah kembali ke Rahmatullah, Cik Ramlah berkata beliau telah membawa Cik Dayana Sarah yang gemar makan makanan laut untuk makan malam di sebuah restoran makanan laut di Senibong, Johor, bersama suami serta anak dan menantunya sempena ulang tahun perkahwinan beliau, pada 30 Disember lalu.



Beliau yang masih terkejut menyifatkan dua anak saudaranya itu sebagai bijak, aktif dan suka membantu orang lain.



Malah, Allahyarhamha Amalina pernah memberitahunya beliau bercita-cita meraih ijazah dengan kepujian serta melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana, ujarnya.



Mengenai adiknya, Cik Ramlah berkata Allahyarhamha Maimunah seorang yang ceria, peramah dan murah hati.



Beliau menggambarkan Allahyarham Rosli sebagai seorang yang rendah hati dan mempunyai ramai kawan.



Seorang lagi kakak Allahyarhamha Maimunah, Cik Jamaliah Sapari, 60 tahun, berkata:



"Kami sekeluarga amat merindui mereka, tetapi kami reda dengan takdir Allah swt ini."



Polis Malaysia telah mendapatkan perintah reman empat hari terhadap pemandu lori dalam kemalangan tersebut.



Media Malaysia melaporkan bahawa siasatan awal mendapati suspek yang berusia 54 tahun itu sedang memandu turun bukit apabila dia hilang kawalan ke atas kenderaan itu.



Beberapa van jenazah telah digunakan untuk membawa pulang jenazah empat sekeluarga itu ke Singapura semalam bagi disemadikan di tanah perkuburan Islam di Choa Chu Kang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >