Subuh
5:52
Syuruk
7:08
Zuhur
1:13
Asar
4:12
Maghrib
7:16
Isyak
8:24

Rang bagi pertingkat hukuman, definisi kesalahan elak sekatan jalan raya polis

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

PARLIMEN

Rang bagi pertingkat hukuman, definisi kesalahan elak sekatan jalan raya polis

Jul 06, 2021 | 05:30 AM

HUKUMAN bagi kesalahan mengelak sekatan jalan raya polis mungkin akan dipertingkatkan sementara definisi bagi kesalahan itu juga mungkin diperluas.

Usulan itu merupakan sebahagian daripada Rang Undang-Undang Pasukan Polis (Pindaan) yang diperkenal bagi bacaan pertama di Parlimen semalam.

Kini, pesalah boleh dipenjara hingga setahun dan didenda hingga $5,000.

Namun, penalti maksimum di bawah akta Pasukan Polis tersebut diusul ditingkatkan kepada hukuman penjara hingga tujuh tahun dan denda hingga $10,000.

Usulan itu bertujuan mengukuhkan langkah pencegahan dan mengambil rujukan daripada undang-undang sekarang berhubung kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan untuk menghalang kakitangan awam daripada menjalankan tugas mereka, menurut Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) yang membentangkan rang undang-undang itu.

Kini, kesalahan mengelak daripada sekatan jalan raya bererti perbuatan mereka yang melanggar sekatan jalan raya dengan kenderaan mereka secara fizikal.

Namun, MHA mengusul meminda definisi itu untuk turut merangkumi cara lain pemandu mengelak sekatan jalan raya.

Ini termasuk menghentikan kenderaan mereka sebelum sekatan jalan raya dan turun untuk melarikan diri, mengundurkan kenderaan mereka dan membuat pusingan-U sebelum sekatan jalan raya itu dan melarikan diri.

Pegawai polis juga dijangka meraih kuasa baru yang akan membolehkan mereka memberi respons secara lebih proaktif sebagai sebahagian pindaan lain yang diusul kepada akta tersebut.

Ini akan mengukuhkan keupayaan operasi dan kesediaan polis dalam sekitaran operasi yang lebih rumit.

Beberapa Anggota Parlimen juga tampil membahaskan Rang Undang-Undang Keupayaan Mental (Pindaan)  semalam.

Rang undang-undang itu antara lain bertujuan membolehkan orang ramai membuat dan mendaftarkan Surat Kuasa Berkekalan (LPA) dengan lebih mudah menerusi proses lebih ringkas dan membolehkan LPA dibuat secara elektronik.

LPA merupakan instrumen undang-undang yang memperkasa individu berusia 21 tahun dan ke atas, iaitu pemberi kuasa, untuk melantik satu atau lebih orang yang mereka percaya, iaitu penerima kuasa, untuk membuat keputusan bagi pihak mereka sekiranya mereka kehilangan keupayaan mental.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3