Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang baru diperkenal selia pengendali kenderaan sewa privet

Di bawah rang baru PTC diberi budi bicara tetapkan dasar harga bagi tambang yang dikenakan
Jul 09, 2019 | 05:30 AM



MAJLIS Pengangkutan Awam (PTC) akan diberi kuasa mengawal selia pengendali kenderaan sewa privet dalam satu rang undang-undang yang diperkenalkan di Parlimen semalam.



Rang Undang-Undang Industri Pengangkutan Penumpang Dari Satu Tempat Ke Satu Tempat (P2P) baru itu jika diluluskan, akan memberi PTC budi bicara menetapkan dasar harga bagi tambang yang dikenakan syarikat seperti Grab dan Gojek.



PTC mengawal tambang bas dan kereta api.



Di bawah rang tersebut, pengendali mungkin perlu menyatakan komponen bagi tambang kenderaan sewa privet dan bagaimana tambang dikira.



Mereka juga mungkin perlu menetapkan kadar tambang maksimum dan minimum.



Peraturan tersebut mencerminkan beberapa saranan yang dikumpulkan dalam sesi maklum balas awam yang dijalankan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) antara 24 Januari dengan 21 Februari lalu.



Buat masa ini, pengendali kenderaan yang ditempah menerusi aplikasi bebas menetapkan tambang sendiri, dan bagaimana tambang tersebut ditentukan.



Ini termasuk semasa waktu sibuk apabila kenaikan harga kemungkinan berlaku, namum sebahagian besarnya tidak jelas.



Sebagai sebahagian langkah untuk melesenkan khidmat penumpang P2P sejak kemunculan khidmat sedemikian pada 2013, pemerintah akan meletakkan tambang teksi yang 'ditahan' di jalan raya dan kenderaan yang ditempah menerusi aplikasi di bawah skop PTC.



Meskipun tambang teksi tidak dikawal, majlis itu kini mempunyai gambaran keseluruhan tentang tambang teksi.



Pengendali teksi mesti memaklumkan majlis itu jika mereka mahu mengubah tambang.



Pengendali kenderaan yang ditempah menerusi aplikasi bagaimanapun tidak perlu melakukan demikian.



Dalam satu semakan khidmat penumpang P2P yang mengambil masa lebih setahun, LTA mengusulkan untuk mengeluarkan dua lesen operasi - satu bagi khidmat teksi yang ditahan di jalan raya dan satu lagi bagi khidmat kenderaan yang ditempah menerusi aplikasi.



Pengendali boleh dibenarkan memegang dua lesen.



Pemain industri menjangkakan perubahan itu akan menyelaraskan peraturan yang mengawal pemain teksi dan kenderaan sewa privet dan mencipta keadaan di mana setiap pihak mempunyai peluang saksama untuk berjaya.



Terdapat beberapa perbezaan kini, daripada usia minimum pemandu kepada jangka hayat berkanun kenderaan dan kelayakan pemandu yang bukan warga negara.



Jurucakap Kementerian Pengangkutan (MOT) berkata:



"Sektor pengangkutan P2P di Singapura, merangkumi industri teksi dan kereta sewa privet, telah banyak berubah sejak beberapa tahun lalu.



"Disebabkan perubahan itu, LTA telah menyemak semula peraturan bagi sektor P2P demi memastikan ia terus memenuhi keperluan rakyat Singapura dan objektif pengangkutan lebih luas kami."



Jurucakap itu menambah bahawa rang undang-undang itu, yang akan dibahaskan di Parlimen bulan depan, akan membolehkan LTA menstruktur peraturan di sekitar khidmat yang disediakan dan menyediakan pengawasan peraturan yang mencukupi untuk melindungi keselamatan dan kepentingan penumpang dan pemandu.



Rang undang-undang itu juga bertujuan memudahkan pasaran terbuka yang menyokong pembangunan khidmat P2P inovatif.



Laporan lanjut Parlimen:



Pemerintah timbang hukuman lebih berat, pengguna daftar dron



Khaw: Tambang lebih tinggi mungkin diperlukan untuk pengangkutan awam



Amrin: Tertuduh bebas kerana tidak tahu ada 1.96kg dadah dalam beg pakaian



Masagos: Mutu udara S'pura tidak terjejas akibat isu pencemaran di Pasir Gudang



Asas ekonomi S'pura kukuh, namun pemerintah sedia bantu syarikat, pekerja jika perlu



Parlimen luluskan hukuman lebih berat bagi pemandu sebabkan kematian, cedera teruk



Tiada keperluan keluarkan kad lesen memandu



Beberapa pindaan, rang diperkenal termasuk tingkat keselamatan kebakaran



Khaw: SMRT punya pasukan pemimpin baik, ada kala peletakan jawatan berguna




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >