Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Rang dilulus bagi perkemas daftar kelahiran, kematian guna digital

Jul 07, 2021 | 05:30 AM



PROSES melapor dan mendaftar kelahiran, kematian dan kematian bayi sewaktu lahir akan diperkemas menggunakan wadah digital, dengan sebuah rang undang-undang diluluskan di Parlimen semalam.



Beberapa Anggota Parlimen yang membahaskan rang itu berkata ini bukan akan mempercepat dan memudahkan proses pendaftaran itu sahaja, bahkan dapat mengurangkan risiko kesilapan.



Semasa bacaan kedua rang itu, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata rang itu mengusulkan enam pindaan utama terhadap Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (RBDA).



Ini termasuk menjadikan melapor setiap kelahiran, kematian dan kematian sewaktu lahir di Singapura serta dalam kenderaan, seperti pesawat, kapal atau kereta api menuju ke Singapura, mandatori; menyatukan pendaftaran semua kelahiran di bawah satu undang-undang; dan memperkemas proses pendaftaran kelahiran dan kematian.



Ia bermakna jika seseorang meninggal dunia di hospital, misalnya, seorang doktor akan memeriksa mayat dan mengesahkan punca kematian dalam talian dan butiran ini akan disampaikan secara elektronik kepada Pendaftar Besar Kelahiran dan Kematian (RG).



RG akan mendaftar kematian itu secara automatik dan saudara si mati tidak perlu melakukan demikian lagi. Saudara si mati kemudian boleh memuat turun sijil kematian digitalnya di laman web My Legacy.



Bagi kematian di rumah, saudara si mati yang hadir di tempat kejadian harus melaporkan kematian itu kepada doktor yang akan memeriksa mayat serta mengesahkan punca kematiannya dalam talian.



Kemudian, RG akan mendaftar kematian itu dan saudara si mati boleh memuat turun sijil kematian digitalnya di laman web My Legacy.



Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang) berkata penggunaan teknologi digital yang dikemuka Akta itu akan membantu mengurangkan kemungkinan berlaku kesilapan dalam pendaftaran kematian. Menarik perhatian mengenai satu kes di Masjid Pusara Aman tahun lalu, beliau berkata terdapat kesilapan dalam pendaftaran kematian seorang individu hingga pengebumian tidak dapat diteruskan pada hari sama.



"Polis dan keluarganya akhirnya mendaftar semula kematian dan mendapat sijil baru. Namun setelah proses itu selesai, sudah terlewat waktu maghrib dan pengebumian hanya dapat dilakukan pada hari berikutnya.



"Oleh itu, saya mengalu-alukan perubahan dalam Akta ini, yang membantu mempercepat dan memudahkan proses pendaftaran kematian di Singapura," ujar beliau.



Di Parlimen semalam, Menteri Kedua Undang-Undang Edwin Tong turut memperkenal Rang Undang-Undang Hak Cipta bagi bacaan pertama.



Antara lain, perbuatan menjual kotak set-top yang menawarkan akses ke kandungan cetak rompak dalam talian diusul menjadi terlarang, dan langkah diperkenal untuk menyukarkan peruncit mengelak daripada tindakan undang-undang.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >