Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:15
Isyak
8:30

Rang dilulus bantu warga lebih bersedia bagi persaraan

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Rang dilulus bantu warga lebih bersedia bagi persaraan

Lebih banyak usaha perlu dijalan bagi latih pekerja lanjut usia sebelum cecah usia persaraan: Tan See Leng
Nov 03, 2021 | 05:30 AM

UNDANG-UNDANG persaraan dan pengambilan bekerja semula yang diubah serta langkah memperhalusi peraturan prosedur Tabung Simpanan Pekerja (CPF) bertujuan untuk membantu warga Singapura bersiap sedia dengan lebih baik untuk persaraan, kata Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng.

Namun, untuk melengkapkan perubahan bagi perundangan itu, lebih banyak usaha perlu dilakukan untuk melatih pekerja lanjut usia sebelum mereka mencecah usia persaraan.

Perubahan yang diusulkan bagi kededua undang-undang itu diluluskan di Parlimen semalam.

Usia persaraan dan pengambilan bekerja semula masing-masing akan dinaikkan secara berperingkat kepada 65 tahun dan 70 tahun di bawah undang-undang untuk menyokong rakyat Singapura lanjut usia yang ingin terus bekerja.

Satu lagi rang undang-undang yang diluluskan ialah Rang (Pindaan) CPF yang mempermudah beberapa prosedur bagi menerima bayaran persaraan dan tokokan akaun CPF.

"Kededua undang-undang ini akan membantu pencarum untuk mempersiap diri dan menikmati persaraan mereka.

"Namun, usaha tidak akan berhenti di sini. Kami yakin, kemajuan lanjut berkaitan pengambilan kerja warga emas boleh dicapai," kata Dr Tan.

Antaranya, pelaburan perlu dibuat untuk melatih semula dan memudahkan pengambilan bekerja, bukan hanya untuk pekerja lanjut usia tetapi kohort yang meniti usia lanjut pada masa depan, katanya.

Dr Tan juga bersetuju dengan apa yang diutarakan Anggota Parlimen (AP) Encik Heng Chee How (GRC Jalan Besar) yang menekankan usaha memperkukuh daya kerja pekerja lanjut usia tidak boleh bermula hanya apabila mereka hampir mencecah usia persaraan.

Inisiatif seperti jawatankuasa latihan syarikat oleh kesatuan pekerja dan perbincangan tentang struktur kerjaya penting dalam mempersiap pekerja, tambah Dr Tan.

"Usaha meneruskan pendidikan dan latihan sama penting dengan latihan sebelum pekerjaan, untuk membantu pekerja kami mempertingkat kemahiran, kekal relevan dan terus maju selaras dengan trend dan perkembangan dunia," katanya.

Pada masa yang sama, usia berkanun bagi persaraan tetap diperlukan, kata Dr Tan.

"Ada majikan yang progresif dan mempunyai inisiatif untuk menghapuskan usia persaraan dan membolehkan pekerja bekerja seberapa lama yang mereka inginkan, dan kami mengalu-alukan langkah tersebut.

"Namun seperti yang Encik Heng katakan, usia berkanun persaraan dan pengambilan bekerja semula masih penting sebagai asas dan perlindungan daripada majikan yang tidak begitu progresif," tambahnya.

Dalam pada itu, lebih banyak inisiatif diusahakan untuk menangani diskriminasi terhadap individu lanjut usia, dan Jawatankuasa Tiga Pihak tentang Kesaksamaan Tempat Kerja, yang turut dipengerusikan Dr Tan, berharap dapat mengemukakan saranan dalam separuh pertama tahun depan.

Dr Tan turut menyentuh tentang isu pengambilan bekerja semula sebagai respons terhadap keprihatinan yang dikemukakan MP berkaitan kontrak yang mungkin tidak adil bagi pekerja lanjut usia.

"Rangka kerja pengambilan semula bekerja direka untuk mengimbangi keperluan untuk membolehkan pekerja lanjut usia untuk terus bekerja, sementara memberikan majikan fleksibiliti cukup supaya perniagaan boleh terus kekal mampan," katanya.

Beliau menambah majoriti individu yang diambil bekerja semula meneruskan kontrak sedia ada atau kontrak baru dalam pekerjaan yang sama, dengan lebih 95 peratus yang meneruskan pekerjaan sama tidak mengalami sebarang pemotongan gaji atau manfaat.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3