Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang lindungi lebih baik kebajikan kanak-kanak yang dijadikan anak angkat

Apr 05, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semalam memperkenalkan satu rang undang-undang yang akan melindungi dengan lebih baik kebajikan kanak-kanak yang dikenal pasti untuk dijadikan anak angkat.



Rang Undang-Undang Pengambilan Anak Angkat itu bertujuan memansuhkan Akta Pengambilan Anak Angkat 1939 yang kali terakhir dipinda pada 1985, dan menggubal semula Akta Pengambilan Anak Angkat 2022.



Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) berkata ia mahu memansuh dan menggubal semula akta itu memandangkan keluasan perubahan yang dilakukan dengan 12 seksyen dalam akta lama dijadikan 75 seksyen dalam akta baru.



Perubahan yang diusulkan itu bertujuan mencari tempat tinggal yang baik bagi setiap kanak-kanak yang dikenal pasti untuk dijadikan anak angkat.



Ia juga bertujuan menghentikan kitaran penganiayaan dan pengabaian, serta menghalang tingkah laku yang tidak diingini dalam sektor anak angkat.



Antara perubahan utama yang diusulkan ialah semua orang yang mahu mengambil anak angkat perlu mengikuti dua taklimat mandatori, iaitu taklimat pra-pengambilan anak angkat dan taklimat pendedahan status anak angkat.



Semua orang yang mahu mengambil anak angkat juga akan perlu menjalani Penilaian Kesesuaian Pengambilan Anak Angkat (ASA).



Buat masa ini, hanya pemohon yang mahu mengambil kanak-kanak dari negara asing yang tidak berkait dengan mereka sebagai anak angkat perlu menjalani penilaian.



Rang undang-undang itu juga mengusulkan untuk mengutamakan warga Singapura dan Penduduk Tetap bagi pengambilan anak angkat di Singapura, memandangkan bilangan kecil kanak-kanak yang dikenal psati untuk dijadikan anak angkat.



"Ini juga akan memastikan Singapura tidak menjadi hab kemudahan bagi pengambilan anak angkat," kata MSF.



Jika rang undang-undang itu diluluskan, mahkamah akan dibenarkan untuk mengarah kanak-kanak yang diambil sebagai anak angkat, orang-orang yang mahu mengambil anak angkat, dan individu lain seperti ibu bapa kandung, untuk menghadiri kaunseling atau mitigasi semasa prosiding pengambilan anak angkat, atau selepas perintah pengambilan anak angkat telah dibuat.



Bagi memudahkan pengambilan kanak-kanak dalam penjagaan titipan atau di rumah tumpangan sebagai anak angkat, rang undang-undang itu akan memperjelaskan lagi ambang dan keadaan yang diusulkan, dan menyatakan lebih banyak sebab di mana proses pengambilan anak angkat boleh diteruskan tanpa kebenaran ibu bapa kandung.



"Ini termasuk kes di mana ibu bapa kandung dengan sengaja menyebabkan kecederaan teruk kepada kanak-kanak itu atau gagal menyediakan penjagaan yang sesuai untuk kanak-kanak itu dalam tempoh yang berpanjangan, menyebabkan kanak-kanak itu memerlukan penjagaan dan perlindungan," kata MSF.



Rang undang-undang itu juga menetapkan garis panduan bagi bayaran berkaitan pengambilan anak angkat yang dibenarkan, dan keperluan untuk semua agensi pengambilan anak angkat untuk menyiarkan maklumat bayaran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >