Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang lindungi pengguna dari bahaya dalam talian berkuat kuasa tahun depan

Ia akan benarkan IMDA keluarkan arahan kepada platform seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok supaya tarik balik kandungan buruk
Nov 10, 2022 | 05:45 AM



RANG Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian (Pindaan Rampaian) yang bertujuan melindungi pengguna setempat daripada bahaya dalam talian, akan mula berkuat kuasa tahun depan selepas Parlimen meluluskannya semalam.



Rang Undang-Undang itu meminda Akta Penyiaran untuk menjadikan platform media sosial bertanggungjawab sekiranya mereka didapati menyebarkan kandungan buruk, lantas meletakkan Republik ini dalam kalangan negara pertama yang mengawal selia ruang yang sejauh ini hanya dipantau sendiri.



Rang Undang-Undang ini akan membenarkan Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) mengeluarkan arahan kepada platform seperti Facebook, Instagram, YouTube dan TikTok, supaya menarik balik kandungan buruk.



Ini termasuk kandungan yang menyebarkan perkara seperti membunuh diri, menganiaya diri sendiri, mengeksploitasi kanak-kanak secara seksual dan terrorisme, serta bahan yang boleh menggalak ketegangan kaum, agama atau menimbulkan risiko kepada kesihatan awam.



Kegagalan mematuhinya boleh dikenakan denda sehingga $1 juta, atau diarah agar khidmat media sosial mereka disekat di Singapura.



Penyedia khidmat Internet seperti Singtel, StarHub dan M1 juga berhadapan dengan denda sehingga $500,000 sekiranya gagal menyekat perkhidmatan yang terbabit.



"Pucuk pangkalnya, kita mesti sedar bahawa tiada satu langkah yang akan meyakinkan kita tentang keselamatan dalam talian.



"Kita perlukan undang-undang, kod, pendidikan, laporan daripada pengguna dan pelbagai langkah pemintasan.



"Kita juga perlu mengemas kini langkah kita untuk menangani risiko baru," kata Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo, di Parlimen semalam.



Satu draf Kod Amalan bagi Keselamatan Dalam Talian, yang akan dilaksanakan ke atas platform media sosial yang dikawal selia, menyenaraikan perlindungan yang diperlukan bagi mencegah pengguna, terutamanya kanak-kanak bawah usia 18 tahun, daripada mengakses kandungan berbahaya.



Ini termasuk alat-alat yang membenarkan kanak-kanak atau ibu bapa mereka menguruskan keselamatan mereka dalam perkhidmatan tersebut, serta mekanisme bagi pengguna untuk melaporkan kandungan merbahaya dan interaksi yang tidak diingini.



Kos tersebut dijangka dilaksanakan seawal tahun depan, selepas satu pusingan konsultasi terakhir dengan firma media sosial.



Semasa perbahasan selama lebih tiga jam berhubung Rang Undang-Undang itu semalam, yang disambung dari kelmarin, para Anggota Parlimen (AP) menyuarakan agar lebih banyak yang dapat dilakukan bagi melindungi kanak-kanak dan membantu para mangsa daripada bahaya dalam talian.



AP termasuk Encik Melvin Yong (Radin Mas) dan Encik Desmond Choo (GRC Tampines), serta AP Parti Pekerja (WP), Encik Gerald Giam (GRC Aljunied), menyeru agar pengesahan usia dikenakan bagi semua anggota baru.



"Pengesahan usia perlu bagi memastikan kawalan keibubapaan berhasil," kata Encik Giam.



Encik Darryl David (GRC Ang Mo Kio) bertanya sekiranya satu portal pemerintah pusat akan dapat ditubuhkan bagi pengguna untuk melaporkan tentang kandungan berbahaya.



Beliau berkata ini dapat menyelaras tindakan penguatkuasaan terhadap bahaya dalam talian.



AP MacPherson, Cik Tin Pei Ling, dan Cik Nadia Samdin (GRC Ang Mo Kio) bertanya mengapa perkhidmatan mesej privet seperti WhatsApp dan Facebook Messenger tidak diletakkan di bawah Rang Undang-Undang itu meskipun imej yang berunsurkan penderaan seksual banyak berlaku dalam ruang saluran privet.



Cik Nadia juga bertanyakan sekiranya pemerintah telah mempertimbangkan untuk memperkemas aspek bahaya dalam talian di dalam Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian itu.



"Bergantung pada seksyen dalam Kanun Keseksaan dan Akta Perlindungan Daripada Gangguan (Poha), meletakkan beban ke atas para mangsa agar mereka menunjukkan bahawa penganiayaan itu benar-benar berlaku," katanya.



Meskipun menerusi pindaan kepada Poha pada 2019 yang menjadikan doxxing - yang merujuk kepada perkongsian maklumat dan gambar seseorang dalam talian dengan niat mendatangkan bahaya - satu kesalahan jenayah, terdapat kritik yang bersetuju bahawa beban masih di bahu mangsa untuk menunjukkan bahawa penganiayaan telah berlaku.



Pada masa yang sama, Cik Yeo Wan Ling (GRC Pasir Ris-Punggol) bertanya sekiranya lebih banyak mampu dilakukan bagi mangsa doxxing di media sosial.



Beliau memetik pengalaman seorang penduduk yang menghadapi trauma menyusuli pemilik akaun media sosial yang tidak dikenali yang mencatatkan butiran peribadinya termasuk nama, sekolah dan maklumat majikannya dalam talian tanpa kebenarannya.



Penduduk itu membuat laporan kepada platform media sosial itu namun "tidak melakukan apa-apa sehingga tempoh yang lama".



Satu laporan polis kemudian dibuat namun tiada penentuan bahawa laporan itu akan mempercepatkan langkah menarik balik catatan tersebut, tambah Cik Yeo.




LAPORAN LAIN DARI PARLIMEN

Sebar kandungan buruk: IMDA boleh ambil tindakan ke atas kumpulan mesej privet

Pemerintah cadang undang-undang kawal pengecas kenderaan elektrik

Jururawat migran kini khidmat lebih lama di hospital: Rahayu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >