Rang Mobiliti Aktif dilulus, hukuman bagi pengguna berbahaya

Penjual alat mobiliti peribadi terlarang juga akan dikenakan tindakan

PARLIMEN semalam meluluskan rang undang-undang yang menetapkan peraturan penggunaan alat mobiliti peribadi (PMD), basikal biasa dan basikal berkuasa (PAB) di tempat awam, serta hukuman bagi mereka yang menggunakan alat sedemikian secara berbahaya atau cuai.

Di bawah rang undang-undang Mobiliti Aktif, pengguna yang cuai atau menggunakan alat itu secara berbahaya boleh didenda sehingga $5,000 dan/atau dipenjara sehingga enam bulan.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan

Galeri Foto