Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang tangani campur tangan asing dalam politik SG

Sep 14, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH berusul mendapatkan kuasa baru mengatasi percubaan pihak asing yang mahu mempengaruhi politik domestik dan mengapi-apikan ketegangan sosial di bawah satu rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen semalam.



Rang Undang-Undang Campur Tangan Asing (Langkah Tindakan Balas) itu akan memberikan pemerintah pelbagai kuasa, termasuk mengarah penyedia khidmat Internet dan media sosial memberikan maklumat mengenai pengguna, memadamkan kandungan dalam talian dan menyekat akaun pengguna, demi mengatasi pelaku sedemikian.



Misalnya, Menteri Ehwal Dalam Negeri boleh mengeluarkan Arahan Bantuan Teknikal kepada penyedia khidmat Internet dan media sosial supaya memberikan maklumat yang diperlukan bagi pihak berkuasa menentukan sama ada kegiatan komunikasi berbahaya dilakukan oleh atau bagi pihak pelaku asing.



Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam kenyataannya berkata rang undang-undang itu akan memperkukuh keupayaan Singapura mencegah, mengesan dan mematahkan campur tangan asing dalam politik domestik negara ini yang dijalankan melalui kempen maklumat berniat jahat dan penggunaan proksi tempatan.



Individu dan kumpulan yang terlibat secara langsung dalam proses politik Singapura juga akan ditetapkan sebagai individu penting dari segi politik (PSP), yang akan dikenakan langkah-langkah mengurangkan risiko campur tangan asing sekiranya undang-undang itu diluluskan.



MHA berkata campur tangan asing dan kempen maklumat berniat jahat - penggunaan alat dalam talian dan taktik dalam cara berselaras untuk memperdaya atau menghasut pengguna dan memajukan kepentingan sebuah negara asing - menimbulkan ancaman serius terhadap kedaulatan politik dan keselamatan nasional Singapura.



"Pelaku asing berniat jahat boleh berusaha memperdaya rakyat Singapura mengenai isu politik, menimbulkan pertelagahan pendapat dan ketidakharmonian dengan mempermainkan isu kontroversial seperti kaum dan agama, atau cuba menjejas keyakinan dan kepercayaan dalam institusi awam," kata kementerian itu.



MHA menambah bahawa sebagai sebuah masyarakat yang terbuka, terhubung secara digital dan pelbagai, Singapura terutamanya mudah terdedah kepada pengaruh sedemikian.



Demi menangani ancaman campur tangan asing yang meningkat itu, kementerian itu sedang memperkukuh keupayaan pengesanan dan respons, dan juga keupayaan rakyat Singapura untuk membezakan perbincangan dalam talian yang sah dengan yang palsu.



"Demi melengkapi usaha ini, undang-undang kita perlu berubah, seperti juga negara lain memperkenalkan undang-undang baru untuk menangani campur tangan asing.



"Rang undang-undang ini akan memperkukuh keupayaan kita untuk melawan campur tangan asing, dan memastikan rakyat Singapura terus membuat pilihan kita sendiri tentang bagaimana kita harus memerintah negara kita dan menjalani kehidupan kita," kata MHA lagi.



Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >