Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Rang tubuh Perkhidmatan Digital dan Perisikan bagi SAF dilulus

Aug 03, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH perkhidmatan rasmi baru Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan dibentuk bagi melindungi ruang digital negara ini.



Ini selepas Parlimen meluluskan Rang Undang-Undang SAF dan Hal Lain semalam.



Dinamakan Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyifatkannya sebagai angkatan di barisan depan untuk mempertahan Singapura daripada spektrum penuh ancaman dan penceroboh dalam landskap digital sekarang.



Tiga lagi perkhidmatan SAF ialah Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.



"Bagi SAF, mereka telah bertanya soalan mudah ini, sama seperti jika ancamannya dari udara, darat atau laut.



"Bagaimana boleh mereka mengesan, mengurangkan atau menentang penceroboh - serangan siber yang dirancang oleh pelaku negara dan bukan - yang bertujuan membahayakan Singapura dan warga Singapura?



"Respons pertama - sama seperti Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara - ialah mereka memerlukan perkhidmatan khusus untuk membangunkan, melatih dan mengekalkan askar siber dan keupayaan untuk mempertahan sempadan digital kita," ujar Dr Ng.



Seramai 75 Anggota Parlimen (AP) mengundi untuk meluluskan rang itu, dengan lapan AP membantah dan tiada yang tidak mengundi.



Jumlah itu melebihi jumlah sekurang-kurangnya 63 undi yang diperlukan - iaitu dua pertiga daripada bilangan keseluruhan AP yang dipilih dan Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) - untuk meluluskan rang itu.



Anggota Parlimen Dilantik (NMP) tidak boleh mengundi bagi pindaan kepada Perlembagaan.



Beberapa AP turut tampil membahaskan rang itu.



Antara mereka ialah Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang), Encik Don Wee (GRC Chua Chu Kang) dan Encik Dennis Tan (Hougang), yang bertanya tentang peperangan maklumat salah dan apakah warga asing boleh menyertai DIS.



"Saya rasa tidak. Warga Singapura akan menjadi elemen utama perkhidmatan keempat ini, sama seperti dalam Tentera Darat, Tentera Laut dan Tentera Udara.



"Namun pastinya terdapat perkhidmatan yang boleh disumber luar kepada kontraktor pihak ketiga," kata Dr Ng.




“Singapura kini berdepan dengan pelbagai ancaman keselamatan. Antaranya, pengganasan dan serangan siber berupaya melumpuhkan negara kita. Konflik sedang berlangsung di Ukraine adalah satu peringatan bagi kita untuk mengambil serius isu pertahanan negara dan menjaga keselamatan Singapura secara fizikal dan juga di ruang siber. Oleh itu, adalah penting kita membina perkhidmatan keempat dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), iaitu Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS), bagi menangani pelbagai ancaman keselamatan baru.”
- Encik Sharael Taha (GRC Pasir Ris-Punggol).



“Semasa peperangan, medan peperangan tidak terhad pada pertempuran konvensional sahaja, bahkan kita juga perlu memperkukuh benteng pertahanan dalam ruang siber. Ini kerana terdapat risiko serangan siber dan penggodaman institusi utama yang menampung maklumat sensitif. Selain serangan siber, operasi menyebar maklumat juga harus ditangani secara kolektif.”
- Encik Zhulkarnain Abdul Rahim (GRC Chua Chu Kang).



“Keperluan bagi kelulusan keselamatan secara semula jadi akan mengehadkan jumlah tenaga pekerja yang ada bagi Perkhidmatan Digital dan Perisikan (DIS) dalam pasaran pekerja yang amat berdaya saing bagi bakat teknologi. Ini akan menimbulkan cabaran untuk mencari bakat teknologi tempatan yang mencukupi untuk menyertai DIS. Untuk mengembangkan jumlah tenaga pekerja teknologi, politeknik dan universiti tempatan harus segera menambah pengambilan pelajar dalam pengajian berkaitan IT dan teknologi. Lebih banyak pembiayaan harus disediakan kepada institusi tempatan untuk mencapainya. Ini akan memberi manfaat kepada perekrutan kedua-dua DIS dan sektor privet.”
- Encik Gerald Giam (GRC Aljunied).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >