Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang Undang-Undang baru untuk lanjutkan tempoh hukuman bagi 3 jenayah seks diusul sebagai sebahagian saranan perubahan Kanun Keseksaan

Aug 02, 2021 | 08:45 PM



TEMPOH hukuman penjara maksimum bagi kesalahan mencabul kehormatan diusul dinaikkan dari dua kepada tiga tahun di bawah satu pindaan undang-undang yang dibentang semalam.



Perubahan itu juga diusul menyusuli peningkatan kes yang menyaksikan 24 peratus lebih banyak laporan yang dibuat dalam tempoh lima tahun dari 2016 hingga 2020.



Hukuman dipertingkat juga diusul terhadap tiga kesalahan seksual di bawah Rang Undang-Undang Jenayah (Pindaan Lain) yang dibentang buat bacaan pertama kali oleh Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Encik Desmond Tan di Parlimen pada Isnin (2 Ogos).



Selain kesalahan mencabul kehormatan, tempoh hukuman penjara yang lebih lama juga akan dikenakan bagi kesalahan seksual yang dilakukan di hadapan budak bawah umur dan menyebabkan budak bawah umur melihat gambar seksual.



Pindaan terhadap Kanun Keseksaan – satu bahagian penting dalam kerangka undang-undang jenayah Singapura – bertujuan meningkatkan pencegahan dan membolehkan mahkamah menangani kes yang lebih teruk dengan hukuman yang lebih berat, kata Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dalam satu kenyataannya.



Perubahan itu dibuat menyusuli semakan terhadap kerangka hukuman, yang diumumkan oleh Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang, Encik K. Shanmugam, pada Mac lalu.



Dalam kenyataannya itu, MHA berkata secara purata terdapat sekitar 1,190 kes mencabul kehormatan yang dilaporkan setiap tahun dari 2016 hingga 2020. Ia merupakan peningkatan seba nyak 24 peratus berbanding kes yang dilaporkan dari 2011 hingga 2015.



Hukuman maksimum bagi dua kesalahan yang melibatkan komunikasi seksual dengan budak bawah umur akan ditambah dari satu tahun menjadi dua tahun penjara.



Kesalahan pertama melibatkan kegiatan seksual dengan kehadiran budak bawah umur atau menunjukkan gambar seksual kepada budak bawah umur antara 14 dan 16 tahun.



Sementara itu, kesalahan kedua melibatkan kesalahan serupa yang berkaitan dengan budak bawah umur an tara 16 dengan 18 tahun. Di bawah rang itu, skop undang-undang juga akan diperluaskan kepada kesalahan berkaitan dengan penipuan semasa hubungan seks.



Pada ketika ini, ia merupakan satu kesalahan apabila seseorang menipu akan menggunakan perlindungan apabila mengadakan hubungan seks, dan gagal menyatakan bahawa mereka dijangkiti penyakit jangkitan kelamin (STD).



Di bawah pindaan tersebut, ia boleh menjadi satu kesalahan sekira nya penipuan tersebut akan menyebabkan mangsa terdedah kepada risiko dijangkiti STD. Sebagai contoh, apabila seseorang individu membuat kenyataan bahawa jangkitan STD yang beliau alami tidak dapat disebarkan melalui kegiatan seksual.



Perubahan itu juga menjelaskan dengan lebih terperinci bahawa ia merupakan satu kesalahan bagi seseorang untuk mendorong mangsa, dengan menggunakan tipu helah atau pernyataan palsu, agar bersetuju disentuh secara seksual oleh pihak ketiga.



Selain daripada kesalahan-kesalahan ini, pindaan rang tersebut juga berusaha meningkatkan tempoh penjara maksimum kepada mereka yang memberikan maklumat palsu kepada penjawat awam, dari tiga bulan menjadi enam bulan.



Di bawah undang-undang sedia ada, mereka yang memberikan maklumat palsu, dengan tujuan menyebabkan, atau mengetahui bahawa kemung kinan ia akan menyebabkan penjawat awam melakukan pekerjaan mereka dengan kurang berkesan dan cekap, tidak akan dikenakan tindakan undang-undang.



Sebagai contoh, apabila seseorang itu memberikan maklumat palsu kepada polis, sehingga menyebabkan pegawai polis meluangkan lebih banyak masa dalam mengenal pasti identiti suspek.



“Ini bukan hanya masalah membazir sumber daya polis, tetapi juga membahayakan keselamatan masyarakat; jika suspek masih bebas, dia boleh melakukan lebih banyak kesalahan, yang mungkin akan mengakibatkan lebih banyak mangsa,” kata MHA.



Rang Undang-Undang itu juga akan menjelaskan bahawa “halangan” terhadap pekerjaan penjawat awam mungkin timbul apabila maklumat palsu diberikan.



Halangan yang dimaksudkan itu bukan hanya bermakna secara fizikal, tambah MHA. Sementara itu, Rang Undang-Undang Perlindungan dan Pengurusan Alam Sekitar (Pindaan) juga telah dibentangkan buat bacaan pertama kali di Parlimen pada Isnin.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >