Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rang undang-undang dibentang di Parlimen untuk mansuhkan Seksyen 377A, pinda Perlembagaan untuk lindungi takrifan perkahwinan

Oct 20, 2022 | 03:48 PM



Satu rang undang-undang untuk memansuhkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan, yang menjenayahkan hubungan seks sesama  lelaki, telah diperkenal di Parlimen pada Khamis (20 Okt), membuka jalan bagi undang-undang era penjajah itu dihapuskan.


Pada masa  sama, pindaan kepada Perlembagaan juga diperkenalkan untuk melindungi takrifan  perkahwinan sebagai antara lelaki dengan wanita –  dan dasar pemerintah dibuat atas dasar itu –  daripada dicabar di mahkamah atas alasan Perlembagaan.


Dua rang  itu akan dibahaskan secara bersama apabila Parlimen bersidang pada 28 November, dan kemudian diundi secara berasingan.


Ini kerana untuk memansuhkan undang-undang hanya memerlukan majoriti mudah Anggota  Parlimen (AP), manakala sebarang pindaan kepada Perlembagaan perlu disokong sekurang-kurangnya dua pertiga AP, tidak termasuk Anggota Parlimen Dilantik (NMP).


Rang Undang-undang Kanun Keseksaan (Pindaan), yang diperkenal di Parlimen oleh Menteri  Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-undang, Encik K. Shanmugam, dibuat selepas Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata semasa Rapat  Hari Kebangsaan pada Ogos lalu bahawa pemerintah akan memansuhkan S377A dan tidak menjadikan satu jenayah perbuatan seks sesama  lelaki, sedang sikap masyarakat terhadap  homoseksualiti kian berubah dengan ketara.


Satu keputusan dan nasihat Mahkamah Rayuan baru-baru ini oleh Peguam Negara juga menunjukkan risiko besar S377A ditolak mahkamah dalam satu kes masa depan untuk mengisytiharkan undang-undang itu sebagai tidak berperlembagaan atas alasan ia melanggar Perkara 12, satu peruntukan perlindungan sama rata dalam  Perlembagaan, kata Encik Lee semasa Rapat itu. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >