Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka hala tuju baru bagi sektor khidmat makanan dilancar

Perancangan Perubahan Industri (ITM) Khidmat Makanan 2025 bertujuan bantu sektor makanan cari sumber pendapatan baru; menyerantau
May 20, 2022 | 05:30 AM



SEBUAH rangka hala tuju yang diperbaharui bagi sektor khidmat makanan telah dilancarkan demi membantu perusahaan makanan setempat mencari sumber pendapatan baru dan mempersiap jenama tanah air supaya boleh berkembang ke tahap serantau.



Perancangan Perubahan Industri (ITM) Khidmat Makanan 2025 itu diumumkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, semasa simposium dan pameran perdagangan makanan dan minuman (F&B), Restaurant Asia 2022, semalam.



"Sedang kita bangkit daripada pandemik ini, adalah penting bagi sektor khidmat makanan menyesuaikan kedudukan mereka untuk merebut peluang baru dan menggunakan huraian yang boleh melindungi operasi pada masa akan datang," ujar Encik Gan.



Dihasilkan dengan kerjasama industri, kesatuan sekerja dan agensi pemerintah lain, ITM itu - yang dilancarkan buat kali pertama pada 2016 - secara umumnya memberi tumpuan pada digitalisasi serta penggunaan format perniagaan yang tidak mempunyai ramai tenaga manusia dan teknologi bagi meningkatkan daya penghasilan dan mengurangkan kebergantungan pada tenaga manusia.



Rangka hala tuju yang diperbaharui itu memberi tumpuan pada usaha membantu perusahaan dalam sektor itu untuk berinovasi, berkembang dan menyesuaikan kedudukan mereka untuk memanfaatkan trend pengguna baru serta membangunkan bakat setempat bagi peranan pekerjaan baru dalam sektor itu.



Sepanjang dua tahun lalu, sektor khidmat makanan telah mengharungi pelbagai gangguan disebabkan Covid-19. Meskipun begitu, kebanyakan mereka terus berjuang dan mengubah operasi mereka, kata Encik Gan. Ramai juga menyertai wadah penghantaran makanan, menggunakan huraian digital dan automasi serta mempelbagai sumber pendapatan mereka.



Menurut data Enterprise Singapore (ESG), industri khidmat makanan menyumbang $4 bilion kepada ekonomi Singapura dan mengambil sekitar 220,300 pekerja pada 2021.



Kini, ITM yang diperbaharui itu merancang membangunkan sektor khidmat makanan yang inovatif dan berdaya tahan dengan jenama serantau tanah air pada dasarnya.



"ITM Khidmat Makanan 2025 akan memberi tumpuan kepada usaha memangkin inovasi dalam kalangan perusahaan untuk menghasilkan sumber pendapatan baru serta memperkasa syarikat khidmat makanan yang sudah bersedia dan berupaya untuk berkembang ke peringkat antarabangsa dan merebut peluang pertumbuhan baru.



"Kami juga akan meneruskan usaha dalam aspek daya penghasilan, pekerjaan dan kemahiran," tambah Encik Gan.



Antara lain, rangka hala tuju yang diperbaharui itu memaparkan Pelan Digital Industri Khidmat Makanan yang telah dikemas kini dan akan dilancarkan tahun ini, untuk membimbing syarikat dengan penggunaan teknologi canggih.



Dengan sempadan negara yang kian dibuka, ITM itu juga ingin membantu syarikat tanah air merebut peluang berkembang ke peringkat global.



Oleh itu, sebuah program pemacu pasaran akan dilancarkan menjelang suku ketiga tahun ini untuk menyokong syarikat dalam sektor khidmat makanan yang ingin memasuki pasaran baru.




SEKILAS



1. Bantu syarikat guna huraian digital dan automasi jimat kos untuk dorong pertumbuhan



  • Pelan Digital Industri Khidmat Makanan yang telah dikemas kini akan dilancar, bimbing syarikat guna teknologi canggih

  • Bantu syarikat kecil dan sederhana (SME) dengan perlindungan data dan keselamatan siber

2. Mangkin inovasi untuk hasilkan sumber pendapatan baru dan manfaatkan trend pengguna



  • Syarikat boleh manfaatkan Program Kemampanan Perusahaan Enterprise Singapore (ESG) untuk bangunkan keupayaan dalam bidang kemampanan

  • Bimbing syarikat khidmat makanan tingkat jenama hijau mereka

3. Bantu syarikat tanah air rebut peluang berkembang ke peringkat antarabangsa sedang sempadan kian dibuka



  • Program pemacu pasaran akan dilancar sokong syarikat tembusi pasaran baru

  • Hasil rangkaian perkongsian ilmu dan hubungkan syarikat dengan rakan kerja

  • ESG akan bantu syarikat dengan produk makanan runcit, tambah eksport mereka dengan kerjasama bersama wadah e-dagang serantau

4. Bentang strategi tingkatkan gaji, khususnya bagi pe kerja bergaji rendah; kurang bergantung pada pekerja asing; wujudkan lebih banyak kerja bermutu tinggi bagi warga



  • Peluang pekerjaan menarik seperti peranan baru termasuk pakar pemasaran digital dan penganalisis data

  • Pemerintah akan kerjasama dengan syarikat khidmat makanan bangunkan dan laksana program pembangunan bakat




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >