Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangka kerja latihan dibangun bagi bantu naib kadi bimbing pasangan: Faishal

Nov 21, 2020 | 05:30 AM



SATU rangka kerja latihan bagi membantu naib kadi membimbing pasangan dalam mengharungi alam perkahwinan telah dibangunkan, kata Menteri Negara (Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Faishal Ibrahim.



Rangka kerja itu dihasilkan oleh Pejabat Pendaftaran Pernikahan Orang Islam (ROMM), dengan sokongan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis).



Dr Faishal mengumumkan demikian semalam, semasa menghadiri sesi pertama Community of Practice (COP) dalam talian bersama 51 naib kadi, sebagai sebahagian daripada projek 'Bersamamu'.



Dalam ucapannya, Dr Faishal berkata rangka kerja latihan itu mempunyai dua jaluran - jaluran latihan umum dan jaluran latihan khusus.



"Jaluran latihan umum akan melibatkan kesemua naib kadi manakala latihan khusus untuk sekumpulan kadi dan naib kadi yang berminat untuk mempertingkatkan keupayaan mereka bagi menjadi pakar dalam isu-isu kekeluargaan.



"ROMM sedang menyunting susunan latihannya dan akan berkongsi dalam masa terdekat," kata beliau.



"Saya harap para kadi dan naib kadi berasa teruja dan akan mengambil peluang dari latihan yang bakal diadakan ini untuk mempertingkatkan kemahiran diri demi menjalankan usaha 'Bersamamu' dengan lebih efektif dan berkesan," tambah Dr Faishal.



Menurut beliau, sejak program 'Bersamamu' dilancarkan lebih setahun lalu, lebih 6,000 pasangan meraih manfaat.



Mengalu-alukan initiasif terkini itu, Menteri bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, berkata menerusi usaha itu, diharapkan masyarakat dapat menghasilkan golongan asatizah yang pakar dalam bidang kekeluargaan Islam, lantas membina keluarga dan masyarakat yang lebih kukuh.



"Masyarakat Islam Singapura sememangnya dibimbing oleh golongan asatizah yang berwibawa.



"Untuk memastikan asatizah terus relevan membimbing masyarakat dalam konteks semasa, asatizah juga harus sentiasa mempertingkatkan diri mereka, sehingga menjadi pakar dalam bidang yang mana mereka berbakat atau gemari," tulis beliau, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, dalam satu pos di Facebook.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >