Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bahas Belanjawan: KEMENTERIAN KESIHATAN

Rangka kerja tingkat kecekapan kesihatan mental akan dibangun

Mar 04, 2023 | 05:30 AM



SATU rangka kerja latihan kecekapan bagi kesihatan mental nasional akan dibangunkan bagi membentuk satu set piawaian latihan dan kecekapan yang perlu diamalkan karyawan kesihatan mental dan para profesional yang menyokong individu dengan keperluan kesihatan mental yang pelbagai.



Ini menyusuli hasil rundingan dengan masyarakat awam yang dijalankan Pasukan Bertindak Antara Agensi mengenai Kesihatan dan Kesejahteraan Mental pada 2022.



Mengumumkan demikian semasa perbahasan Belanjawan bagi Kementerian Kesihatan (MOH) pada Jumaat, Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary, berkata rangka kerja itu akan menyiapkan satu pendekatan berstruktur untuk memimpin pengamal kesihatan mental membangunkan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan yang diperlukan bagi menawarkan jagaan berkesan dan bermutu tinggi.



Ini akan menggariskan keperluan latihan bagi para pengamal dan menerusinya, kursus latihan kesihatan mental boleh diselaraskan untuk membangunkan set piawaian latihan, sepertimana yang ditekankan oleh rangka kerja itu.



Dalam pada itu, rangka kerja tersebut juga boleh dimanfaatkan para pengamal yang terlibat dalam menyokong individu dengan keperluan kesihatan mental.



Ini termasuk golongan penyokong antara rakan sebaya sehinggalah golongan karyawan mental seperti jururawat, pekerja sosial dan kaunselor.



Pengamal boleh meraih manfaat dengan menerima arahan dan latihan yang lebih konsisten dan berdasarkan bukti.



"Ini akan mempertingkat kecekapan jagaan kesihatan mental merentas kesinambungan jagaan, sekali gus menawarkan jagaan bermutu lebih tinggi dan hasil yang lebih baik bagi klien," kata Dr Janil.



Namun pasukan bertindak itu akur akan stigma dan sikap terhadap kesihatan mental yang terus menjadi keprihatinan ketara dalam kalangan warga.



Justeru menerusi kempen "It's OKAY to Reach Out" yang dilancarkan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB), ia memberi penekanan bahawa mendapatkan bantuan merupakan satu petanda kekuatan selain menggalak individu mendapatkan bantuan bagi keperluan kesihatan mental mereka.



Di samping itu, Dr Janil berkata perbincangan mengenai kesihatan mental akan diteruskan dan ini akan dilakukan menerusi Rangkaian Kesejahteraan Mental SG.



"Menjadikan perbincangan mengenai kesihatan mental sesuatu yang normal memerlukan masa, dan mungkin memerlukan pendekatan berbeza bagi segmen warga yang berbeza," ujarnya lagi.



Memberikan contoh, Dr Janil menukil bagaimana HPB memperkenalkan kempen pendidikan awam bagi ibu bapa untuk memahami kesihatan emosional anak-anak mereka selain mengenal pasti sikap yang menimbulkan keprihatinan.



Ini, menurut Dr Janil, dapat membantu ibu bapa menyokong anak mereka selain mengetahui di mana untuk mendapatkan bantuan, seawal mungkin.




"Menjadikan perbincangan mengenai kesihatan mental sesuatu yang normal memerlukan masa, dan mungkin memerlukan pendekatan berbeza bagi segmen warga yang berbeza."
- Menteri Negara Kanan (Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >