Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ucapan Hari Raya Aidilfitri Menteri

Rangkaian asatizah dekati belia agar jauhi ganas, radikalisme

Jul 07, 2017 | 08:43 PM



SATU rangkaian asatizah dan kumpulan belia akan ditubuhkan bagi mendekati belia dalam usaha menentang pengganasan dan menjadi radikal sendiri di Singapura.



Dibentuk Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), rangkaian itu bakal menjadi sumber pertama bagi individu yang ingin mendapat bantuan atau merujuk kenalan yang disyaki menjadi radikal.

Institusi utama masyarakat juga akan diperkukuh, termasuk Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Amla); dengan Muis dan Yayasan Mendaki menghadapi cabaran dalam konteks negara berbilang kaum dan agama.



Mengumumkan rangkaian baru itu, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, berkata ia adalah “langkah     penting” dalam usaha memenangi “hati dan minda” belia bagi melindungi mereka daripada ancaman radikalisme.



“ Dengan sokongan masyarakat dan golongan asatizah, kita akan membina keupayaan asatizah dalam rangkaian ini sebagai sumber pertama dalam masyarakat, bagi mereka yang ragu.

“ Sebagai ruang selamat dalam masyarakat, sesiapa sahaja boleh berasa selesa memohon nasihat atau kaunseling daripada asatizah ARS (Skim Pengiktirafan Asatizah),” kata Dr Yaacob, yang sekali lagi menggesa anggota keluarga melaporkan kenalan yang disyaki menjadi radikal kepada pihak berkuasa.



Demi mendorong individu tampil, rujukan boleh dibuat tanpa nama – supaya kes radikal sendiri dapat dikesan daripada awal, ujar, yang juga berkata bahawa peranan rangkaian itu menambah kepada usaha Kumpulan Pemulihan Keagamaan (RRG).



Beliau berkata demikian dalam ucapannya di jamuan Hari Raya Aidilfitri tahunan, yang dianjurkan Anggota Parlimen (AP) Melayu, di Hotel Marina Mandarin pada 7 Julai 2017.



Acara itu dihadiri pemimpin masyarakat dan agama, serta individu cemerlang daripada masyarakat Muslim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >