Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Rangkaian belia PA pandu inisiatif sokong dana Cabaran Presiden

Jun 13, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN Pergerakan Belia Persatuan Rakyat (PAYM) semalam berikrar untuk menyokong acara Cabaran Presiden 2022 dan menetapkan matlamat untuk mengumpulkan $250,000 bagi tabung itu tahun ini.



Ikrar itu dibuat di acara Festival Masyarakat YOUthcare (CYF) yang dihadiri Presiden Halimah Yacob dan Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee, yang juga Penasihat Akar Umbi, sebagai hos majlis di Kelab Masyarakat Boon Lay.



Ahli Majlis PAYM, Cik Geraldine Lam, yang mengetuai kumpulan tenaga kerja sukarelawan untuk CYF tahun ini, berkongsi bahawa walaupun terdapat gangguan kepada aktiviti fizikal akibat pandemik, ramai anggota Rangkaian Belia (YN) memindahkan program mereka ke dalam talian untuk terus memantau kumpulan yang terjejas.



Cik Lam berkata: "CYF 2022 telah memperkasa belia dan memberi mereka peluang untuk secara kolektif untuk menganjurkan inisiatif yang bermakna bagi meningkatkan kehidupan golongan kurang bernasib baik dalam masyarakat, terutamanya semasa kita beralih ke arah berdaya tahan Covid-19.



"Tahun ini, rangkaian belia menerajui lebih daripada 31 projek CYF dan telah mendekati lebih 3,000 sukarelawan dan peserta."



Salah satu projek CYF yang dijalankan Boon Lay YN, The Heart of Care @ Boon Lay, termasuk satu siri aktiviti dan program jangka panjang untuk membantu kumpulan-kumpulan berbeza di kejiranan Boon Lay, bermula daripada program membaca untuk kanak-kanak yang terdedah, bengkel kesihatan mental untuk belia serta sukan dan aktiviti warisan untuk menyatukan masyarakat.



Pengerusi Boon Lay YN, Encik Chia Zhao Wei, berkata adalah penting untuk beliau dan kumpulan relawannya untuk terus mendekatkan diri dengan kanak-kanak terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah menerusi dalam talian semasa pandemik demi mengurangkan gangguan kepada kemajuan pembelajaran mereka.



Encik Chia berkata: "Sesi maya pada mulanya mencabar kerana timbul isu teknikal dan kesukaran untuk memastikan kanak-kanak fokus, tetapi kami menyesuaikannya untuk menangani masalah ini."



Seramai 120 penduduk dan sukarelawan hadir di festival yang berlangsung semalam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >