Rangkaian M³ bolehkan persiapan awal dan segera hadapi pandemik, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Suatu Ketika di Singapura
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat0

Rangkaian M³ bolehkan persiapan awal dan segera hadapi pandemik

Dec 27, 2020 | 05:30 AM

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk membantu masyarakat tatkala pandemik Covid-19 mula menjejas kehidupan ramai warga di sini. Usaha menyokong masyarakat ini dapat dilancarkan dan dilaksana dengan cepat hasil kerjasama rangkaian M³ yang sudah dibentuk sejak dua tahun lalu. Malah, M³ juga menyesuaikan programnya untuk terus mendekati masyarakat - khususnya dalam usaha memperkukuh keluarga, mempertingkat sokongan bagi banduan dan keluarga, memperkasa belia serta pekerjaan dan daya kerja - sementara mematuhi segala langkah pengurusan selamat di tengah-tengah pandemik ini. Ikuti wawancara BERITA MINGGU bersama Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, serta lima pemegang jawatan politik Melayu/Islam lain dalam mereka membincangkan usaha yang dilaksana M³ bagi mendukung visi Masyarakat Gemilang serta kembangan masyarakat Melayu/Islam sebagai melabuh tirai 2020.

RANGKAIAN M³ yang sudah dibentuk sejak dua tahun lalu membolehkan masyarakat bersatu melaksanakan pelbagai usaha dengan cepat dan awal untuk membantu masyarakat apabila pandemik Covid-19 mula menjejas kehidupan ramai warga.

Malah menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, semangat bersatu hati masyarakat Islam setempat inilah yang menyumbang kepada kejayaan Singapura mengelak daripada gelombang kedua jangkitan koronavirus itu di sini hinggakan negara ini bakal memasuki Fasa Ketiga pembukaan semulanya mulai esok.

Dengan bulan Ramadan tahun ini jatuh di tengah-tengah tempoh pemutus rantaian jangkitan untuk membendung penularan virus itu, Encik Masagos menarik perhatian inisiatif SGUnited Buka Puasa yang berjaya mengumpulkan dana sebanyak $3.4 juta untuk menyediakan hidangan berbuka puasa bagi penerima zakat dan pekerja barisan hadapan.

Pelbagai agensi dan pertubuhan masyarakat telah menggembleng tenaga mengumpul dana itu, menyiapkan dan menghantar 20,000 makanan berbuka puasa ke hospital, kelab masyarakat dan rumah penerima bantuan zakat Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) setiap hari sepanjang Ramadan.

Halal Home Based Business
Savour The Flavour by Chef Im

Savour The Flavour ingin menyajikan makanan yang berkualiti...

Uncle Big's Kitchen

Shellout Platter Besar...dan banyak lagi!

Ms Lid's Packed Bento

Set bento untuk sumbangan atau delivery ke rumah

Do you own a Halal Home-based Business in Singapore? List your products on Berita Harian

"Ini jelas menunjukkan bahawa rangkaian yang ada ini membolehkan kami segera membuat persiapan, dengan rangkaian masjid, Mendaki dan Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra) semua bersatu (dan membantu)," ujarnya.

Encik Masagos berkata demikian dalam satu wawancara sempena menggulung 2020 dari sudut masyarakat Melayu/Islam baru-baru ini.

Selain itu, M³ juga membuat pelbagai penyesuaian untuk memastikan bahawa programnya dapat terus dilaksana sementara mematuhi segala langkah pengurusan selamat di tengah-tengah pandemik ini.

Sebagai contoh, KelasMateMatika (KMM) disesuaikan agar program itu juga dapat ditawarkan secara dalam talian.

KMM bertujuan memperkasa ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah berusia empat hingga enam tahun untuk membantu anak mereka menguasai kemahiran asas celik angka serta mempersiap mereka bagi darjah satu.

Program itu telah berjaya mendekati 1,200 ibu bapa dan anak prasekolah pada 2019, berbanding 170 ibu bapa dan anak prasekolah pada 2018.

Program itu kini ingin mendekati sekurang-kurangnya 6,000 ibu bapa dan anak prasekolah setahun mulai tahun depan.

"(Pandemik ini) memaksa kami menggunakan wadah dalam talian... dan pendekatan kami menerusi dalam talian berjaya menghasilkan penyertaan lebih tinggi daripada yang dijangkakan," kata Encik Masagos.

Sementara itu, pasangan yang ingin bernikah juga terus mendapat bimbingan semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan hasil komitmen golongan naib kadi yang mengadakan sesi bimbingan dalam talian di bawah program Bersamamu, satu inisiatif yang dimulakan oleh sekumpulan naib kadi pada Julai 2019 untuk membina perkahwinan dan keluarga yang kukuh.

Lebih 6,000 pasangan telah melalui sesi Bersamamu sejauh ini.

Program lain di bawah M³ seperti program untuk menyokong banduan dan keluarga mereka, Fitrah, serta Pejabat Mentoring Belia juga terus mendapat sambutan baik dengan lebih ramai relawan tampil menyumbang.

Sementara itu, Mendaki Sense pula telah membantu 3,500 pencari kerja Melayu/Islam, dengan 650 orang kini berjaya mendapatkan pekerjaan.

Masyarakat Melayu/Islam setempat juga dapat terus menyumbang kepada masjid meskipun masjid di sini ditutup semasa tempoh pemutus rantaian jangkitan menerusi portal derma dalam talian Ourmasjid.sg.

Usaha ini turut mendapat sambutan baik daripada masyarakat.

Encik Masagos berkata ini juga telah memberi masjid di sini saluran baru untuk mengumpul dana, menerusi wadah dalam talian.

Beliau turut menarik perhatian bimbingan agama kukuh yang diberi kepada masyarakat semasa krisis ini.

Pihak berkuasa agama di sini bekerjasama dengan pakar perubatan untuk membimbing masyarakat membuat penyesuaian kepada kegiatan sosio-agama mereka.

Encik Masagos menarik perhatian bahawa Singapura merupakan negara pertama di dunia mengambil langkah menutup masjid dan menangguhkan haji tahun ini sebelum beberapa negara lain turut membuat pengumuman itu.

Tambahnya, langkah Singapura mengumumkan penangguhan haji itu turut dipuji Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi yang menghargai langkah negara ini yang bersifat proaktif dan memahami kesukaran mengendalikan operasi haji tahun ini.

Sedang Singapura bakal memasuki Fasa Ketiga esok, Encik Masagos berkata setiap penduduk Singapura telah bekerjasama untuk mencegah gelombang kedua jangkitan koronavirus di sini.

"Saya amat bangga dengan masyarakat Melayu/Islam di sini yang telah bekerjasama... menangani krisis yang kita semua hadapi sebagai sebuah negara ini," kata beliau.


"Saya amat bangga dengan masyarakat Melayu/Islam di sini yang telah bekerjasama... menangani krisis yang kita semua hadapi sebagai sebuah negara ini.''
- Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam.


PERANAN DALAM M³

MENTERI DI PEJABAT PERDANA MENTERI DAN MENTERI KEDUA (EHWAL LUAR MERANGKAP PENDIDIKAN), DR MOHAMAD MALIKI OSMAN

 • Teraju aspek pendidikan bagi masyarakat Melayu

 • Terajui projek pembangunan Jalur Budaya Geylang Serai

 • Pimpin M³@Bandar

MENTERI NEGARA KANAN (TENAGA MANUSIA MERANGKAP PERTAHANAN), ENCIK ZAQY MOHAMAD

 • Teraju Mendaki dan Mendaki Sense

 • Teraju Bidang Tumpuan Keempat (FA4): Pekerjaan dan daya kerja

 • Teraju program CiptaSama@M³

SETIAUSAHA PARLIMEN (KESIHATAN), CIK RAHAYU MAHZAM

 • Teraju Bidang Tumpuan Ketiga (FA3) Pemerkasaan dan Bimbingan Belia

 • Teraju Taman Warisan Melayu

 • Teraju aspek kesihatan bagi masyarakat Melayu

MENTERI NEGARA (EHWAL DALAM NEGERI MERANGKAP PEMBANGUNAN NEGARA), PROFESOR MADYA DR MUHAMMAD FAISHAL IBRAHIM

 • Pimpin Wisma Geylang Serai (WGS)

 • Teraju Bidang Tumpuan Pertama (FA1): Menyokong perkahwinan, keibubapaan dan pendidikan awal kanak-kanak.

 • Teraju Bidang Tumpuan Kedua (FA2): Menyokong keluarga dan individu berisiko

MAYOR MAJLIS PEMBANGUNAN MASYARAKAT (CDC) SOUTH EAST, ENCIK MOHD FAHMI ALIMAN

 • Pimpin penubuhan M³@Geylang Serai

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Try the new Halal Food Map